semalam terdengar lagu ni kat radio..
Ayung bua kkokek
kkokek ulu golok
hok dia lokek
hok orang dia nok
sweet je..dolu2 selalu nyanyi lagu ni kalau kawan kedekut tak nak bagi pinjam barang.
lagi satu lagu ni..aku pun tak tau orang terengganu yang lain tau tak lagu ni..sebab setau aku sepupu2 aku and adik2 aku je yang selalu nyanyi.
Mung tuek
ikang panggang
berak cotek
dalang pinggang
haha..
Wednesday, December 16, 2009
Monday, December 14, 2009
Kata kakak itu..
Baru nak mula rasa angin pagi yang fresh kat taman tadi..dah kena tanya soalan maut.tengah seronok duk exercise, datang sorang kakak ni.
Dia : Berapa berat awak?
Aku : (Tanpa berselindung) menjawab
Dia : berat akak ..dot .dot.dot..
Aku : (Dlm hati ; kurang 2 kilo drpd aku)
Dia : Dah berapa orang anak ?
Aku :(Tak tau le napa masa ni aku tetiba mcm syahdu je, and tiba2 buat muka mcm
terkejut kat akak tu)
Saya belum kawin..so takde anak..
Dia :oooo...kita ni perut buncit kan? Susah nak turun berat badan
Aku : (Dalam hati : MOTIP?????)
Dan dia pun berlalu ke trek..berjoging.
Aku ? Macam hilang ingatan kejap, terus berlalu ke kereta dan balik rumah. Kenapa aku sensitip ? Dan bila kembali ke alam sedar,ku akui..memang kakak itu berkata yang benar. Kalau terjumpa kakak tu, akan ku katakan "Kak, saya mengakuinya".

Sunday, November 1, 2009
Encik Siti Nur Salawa Musa
Exam Week. Time to test how good the students mengetahui their lecturer's name. And my name was written like these on the first page of answer sheet :
1. Encik Salwa Binti M**a (dua org pelajar ni mungkin mengalami krisis identiti)
2. Miss Siti Salwa (and ada a few of my friends pun dapat gelaran 'siti' ni)
3. Cik Salwa Binti Musa (Encik Musa tidak pernah wujud dalam keluarga aku)
4. Puan Norsalwa Binti M**a (sungguh sopan rasanya bila ada 'nur' di depan nama)
5. Cik Salawa Binti M**a (ye...aku tau aku memang lawa dan student ini mengagumi aku)

Monday, October 26, 2009
Hati yang terasa

It takes almost 3 three months for August to reach October. it means my blog was intentionally abandoned without any updates for 3 months. ada yang kata sekarang ni dah bukan musim duku (last entry kan pasal duku), ada yang kata hari raya orang dah tak makan duku (raya pun tak update jugak), and yang lagi best, ada yang kata blog aku tak updated sebab aku dah ada boypren (salah..sebab aku dan waktu ku dengan boipren tidak ada kena mengena dengan blog..boipren ku jauh..huhu). the truth is..aku malas. suka baca blog orang lain, tapi tak suka untuk update blog sendiri..jadinya ini percubaan yang agak berjaya sebab dah update.walaupun sibuk dengan marking test and project paper..esok dah start final exam..
dua tiga hari ni aku ala-ala bengong sikit (teringat kat kawan aku yang kata aku hari-hari memang dalam kebingungan)..air mata asyik keluar je..dan asyik kecik ati dengan 'sekeliling'. walaupun 'sekeliling; itu tak tau pun yang aku kecik ati..dan aku dah letak jawatan sebagai penasihat kelab pelajar fakulti aku..juga disebabkan perasaan kecik ati sebanyak tiga kali kepada tiga 'keadaan sekeliling' yang berlainan.kalau orang tau sebab aku kecik ati ni, habis ler kena kutuk. uhuks.biarlah ia terbuku di dlaam hatiku saja..
mak dan abah akan menunaikan haji..doakan semuanya selamat ye..dan doakan aku tidak terus menerus berkecil hati pada yang tidak sepatutnya. sesungguhnya hati aku amat rapuh, tidak pernah kuat untuk menerima teguran dan gurauan..
Saturday, August 15, 2009
Dendam Si Duku
Bab 1
Aku memang tidak sukakan buah duku dan buah langsat. dan aku tidak tau bagaimana untuk membezakan di antara kedua-dua jenis buah itu. bagiku mereka sama.rupa luaran amat tiada perbezaan yang jelas. bila ada orang yang memberi atau menawarkan buah2 itu kepadaku, aku menolak. kadang-kadang dengan sedikit perasaan sombong kerana aku tidak makan buah tersebut yang bagiku tidak membuka selera seperti buah oren, buah mata kucing atau anggur. maaf kepada pencinta duku. aku cuma berterus terang tentang diriku. jikalau aku makan pun, hanya mungkin dua atau tiga biji setahun. sangat boleh dikira dengan jelas dan nyata.
Bab 2
Minggu lepas, hari rabu sekembalinya aku daripada kelas, ada satu plastik duku di atas meja. Teman sebilik menyatakan kawan kami yang bagi. teman sebilikku pun tidak makan duku. dia menyangkakan aku suka makan duku kerana aku suka makan buah mata kucing, katanya, buah mata kucing dan duku adalah berbentuk bulat. maka di membuat kesimpulan yang aku pun suka makan duku. kesimpulan itu amatlah salah. aku membiarkan saja plastik berisi duku itu di atas mejaku.
Bab 3
Keesokan hari, datang seorang kawan ke bilik ku. Dia bertanyakan tentang buah duku di atas mejaku. aku menawarkan duku trsebut kepadanya dan dia makan sebab dia memang suka duku. sambil berborak, tanpa disedari aku mengopek sebiji duku itu dan makan. sangat manis. dan tanpa ku sedari juga, kawanku itu hanya makan empat biji, dan aku menghabiskan yang lainnya tanpa sedar. sangat manis.dan aku kemudian diejek oleh teman sebilikku kerana menghabiskan duku yang sebelum ini tidak ku suka. aku cuma tersenyum. bagiku, mungkin ini permulaan yang baik utk aku sukakan duku. dan aku rasa bangga kerana mampu makan duku dengan banyaknya.
Bab 4
Petang itu, aku memandu pulang ke kampung. selepas setengah perjalanan, dadaku tersa semput dan sukar utk aku bernafas. aku agak risau kerana aku memandu seorang diri. tambahan pula, sesak nafas adalah simptom H1N1. dalam kerisauan itu, aku selamat sampai ke rumah.
Bab 5
Keesokan pagi, pukul 11, aku ke hospital. aku sangat teruja kerana MA bagi aku check sendiri telinga menggunakan alat yang comel itu untuk mengambil bacaan suhu badan. cuma 36.9 saja suhunya. tak demam. kemudian masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. semuanya ok. doktor tanya samada aku makan apa2 dlm kadar luar biasa? aku teringatkan duku ajaib itu. oh tidak. doktor kata duku itu buah yang sejuk tidak boleh makan dengan banyak. nampaknya duku itu memang berdendam denganku.namun, aku bersyukur kerana masalah tidak dapat bernafas denan jayanya itu bukan disebabkan simptom H1N1, tetapi disebabkan duku H25 (ak makan 25 biji).doktor kata mungkin juga cara aku bernafas tidak betul. dan baru ku tau rupanya ada empat jenis selsema babi iaitu H1N1, H1N2, H3N1, dan H3N2 (ku baca pada poster di hospital).
Bab 6
Aku menulis dalam bentuk ini kerana otakku sudah tepu. Sudah dua hari cuba memahami subjek yang perlu diajar esok. Efficient market theory , weak market, semi strong, strong, bla..bla.bla...anomalies ...rationality..aku pasrah. saya yakin betul ..saya kunci topik ini. kita jumpa esok pagi..
Sekian kisah dendam si duku atau duku-duku atau 25 biji duku di dalam plastik

Wednesday, July 29, 2009
Cuti H wang N wang
last thursday,kampus kami diarahkan tutup kerana diserang H wang N wang. menakutkan. malam sebelum tuterima sms drpd student aku yg jadi MPP, bagitau ada ramai students yang demam dan kemungkinan kampus ditutup. tengah malam, terima lagi sms yg menyatakan kompem kampus tutup and semua kena balik. so keesokan harinya, Khamis, aku pergi berpoyer-poyer di bank (gaji day). kelas kul 12, memang kena cancel ler. around 10, masuk kampus. semua orang kelihatan tidak tentu arah. bertanya2 tentang kepastian kampus ditutup. kena tunggu announcement dr pengarah. then, around 12, kompem kampus tutup. aku dengan semangatnya nak balik kampung. padahal memang setiap khamis balik kampung. apa plan ek sempena coti sminggu ni? last2, gi Lumut ngan my parents umah pakcik kitorang pagi sabtu. stay sana sampai Isnin. malangnya, masa nak bertolak pagi sabtu tu, ada berita sedih. cuti H wang N wang dah jadi coti semester. maknanya, kalau staf nak bercoti, kena apply coti mcm biasa. takdernya coti free. uwaa. habisler coti aku. tapi plan tetap diteruskan. balik isnin. selasa memang malas nak masuk kijer. sambung coti. ingat nak masuk kijer rabu n khamis. last2 rabu pun tak pegi kerja gak. malas sungguh. tepon bos, bagitau nak coti terus sminggu. tapi borang coti isi lepas coti. boleh? smlm dpt emel, ada lecturer kat sini ni, kawan aku gak, positif H wang N wang. dah masuk paru-paru. semoga dia selamat dan pulih mcm biasa. walaupun aku tak masuk opis, tapi hai2ku dipenuhi dengan buku dan mengadap komputer. huhu. subjek baru ini membuatkan hidupku tak tentu arah.
Pagi jumaat lusa ni, bertolak gi Gombak. my sepupu kawin.vpastu terus balik sabtu. ahad masuk kijer. kelas pukul 8..tidakkk....i hate sunday..dahle Dungun banyak kes H wang N wang..minta lindung..

Wednesday, July 22, 2009
aset vs liabiliti
tadi sembang-sembang dengan dia :
Dia : tadi ngajar apa?
Saya : ngajar kesan urusniaga terhadap aset, liabiliti dan modal.alahh..senang je.
Dia : boleh ajarkan saya pulak?
saya : boleh sangat. camni, katalah awak ada bisnes. awak bawak masuk kereta dan
duit dalam company. so kereta dan duit tu akan jadi aset company. dan pada
masa yang sama modal awak bertambah.
dia : emm..lagi?
saya : kalau awak beli barang utk dijual kepada customer, awak beli daripada
supplier secara hutang. so stock tu akan jadi aset kepada syarikat, dan hutang
awak akan bertambah. jadi, aset dan liability akan bertambah.
dia : kalau saya kawin dengan awak, maknanya aset saya akan bertambah lah?
saya : hmmm..aset awak akan bertambah sebab awak dapat saya. tapi pada masa yang
sama dan masa-masa akan datang, aset cash awak akan semakin berkurang sebab
belanja hantaran dan juga belanja-belanja lain untuk saya selepas kawin.
dan mungkin jugak liabiliti awak akan bertambah. hehe.
dia : kalau macam tu, awaklah aset, awaklah liabiliti, dan awaklah modal.bila awak
jadi aset, saya bahagia, bila awak jadi liabiliti, saya merana. huhu..
saya : takpalah..sekurang-kurangnya saya jadi liabiliti yang sedar diri (takde kena-
mengena pun)..hehe.
dia : saya tunggu saat aset saya bertambah..daripada satu jadi dua..heheheheh
saya : hampeh..saya akan pastikan aset awak yang lagi satu tu menjadi aset yang tak
nyata, tak de kewujudan fizikal, tak boleh dilihat, tak boleh disentuh.
padan muka
dia : jahat..memang kompem awak aset yang jahat .huhu
ada ke aset yang jahat? hmm..apa-apa lah. tengah kelaparan. sorang2 kat opis. my opismet gi UUM, ada seminar.bilik sebelah ni pulak amat meriah dengan gelak ketawa. dengki aku tau. sebelum ni bilik aku yang paling meriah. tapi tidak untuk hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)