Wednesday, March 11, 2009

Kehilangan

Aku kehilangan dua pasang kasut hari ini. Sepasang kasut baru, dan sepasang lagi kasut lama. Kejadian berlaku di depan rumah sendiri. Tidak pasti siapakah yang mencuri dan apakah tujuan dia mencuri kasutku. Jika pencuri itu sudah berkahwin, maka kasut itu pasti dihadiahkan kepada isterinya, ataupun isteri-isterinya sempena Hari Wanita baru-baru ini. Dan sekiranya pencuri itu lelaki bujang, mungkin kasut itu dihadiahkan kepada teman wanitanya sempena Hari Kekasih baru - baru ini. Harapanku hanya satu, jangan dibawa kasutku itu berjumpa dengan bomoh untuk tujuan membomohkan aku. Aku tak rela dibomohkan.

Aku : Awak, kasut saya hilang dua pasang.
Dia : Lain kali simpan kasut dalam kelambu. Kalau ada orang nak curi, dia curi
awak sekali.

ohh..sungguh tidak membantu. Tiba-tiba aku teringat "Peristiwa Kasut Disorok Oleh
Teman Sekelas". Ia menghantui ku sehingga kini, kan Cik C*da? ;-)

Lagu ini kutujukan kepada kasut-kasutku yang hilang itu. semoga mereka mengerti.

Tanpa -Sixth Sense

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

(Korus)
Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

(ulang chorus)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti