Wednesday, March 24, 2010

pelajar zaman sekarang

emel daripada seorang rakan pensyarah kepada semua staf kampus..sekadar berkongsi.

"pelajar-pelajar kita sekarang terlalu mengambil mudah semua perkara..
mereka bertindak mengikut kata hati bukan kewarasan fikiran..

semua aktiviti yang kita buat untuk mereka, mereka tak nak datang..kena paksa baru datang..
walaupun dalam notis da terpampang 'WAJIB'..
penat lelah kite dan duit yang kita laburkan dalam program untuk mereka, mereka langsung tak hargai..

bukan tu saje, hadir ke kelas pun mereka anggap perkara yang menyeksakan..
klu datang pun dengan pakaian yang tak beretika..
kadang2 angin pun tak boleh masuk sebab baju dan seluar terlalu ketat..
saya yang lihat nie pun tak selesa dan rase terseksa...
saya yakin pensyarah2 kite tegur, tapi sambil bila..

dalam kelas pulak mereka lebih suka melayan SMS dari dengar kite mengajar..
tegur la beribu kali pun, mereka tak heran..
klu ade test lain ceritanye..
mintak batalkan kelas...klu kita tak batalkan kelas, ade la yang sje2 ponteng..
klu yang datang pun, mase kita mengajar terkumat-kamit lah mulut diorang meghafal untuk test..
bayangkan la masuk kelas akaun, tapi menghafal untuk test MGT...nie contoh je..
pelajar2 kita nie nampaknye tak pandai membahagi mase..

pelajar2 kita juga da kurang menghormati pendidik mereka dan orang lain..
klu berselisih ngan kite wat mcm tak kenal..bagi salam, jgn haraplah..
tu satu hal, klu terlanggar bahu pulak susah betul nak ungkapkan kata maaf..

berbeza betul saya lihat pelajar sekarang dengan zaman saya belajar dulu..
mereka nie macam terkena penyakit 'tak de kesedaran diri'..
bahaya virus nie..
klu kite tak bendung,mereka yang berpenyakit nie la yang akan mentadbir negara satu hari nanti.."

ada pendapat ? cadangan? amat dialu2kan..
teringat zaman belajar dulu..nampak lecturer dari jauh dah rasa takut..apatah lagi nak bertentang mata..

3 Comments:

At March 30, 2010 at 12:44 AM , Blogger Sang Gabriel said...

maybe ada betolnya
maybe ada salahnya
hormat tu makin hilang....
entahlah...

 
At April 1, 2010 at 4:11 PM , Blogger Unknown said...

hahahah...
tp x seme student cm tu..
saye still lgi student yg bek..
nk2 ble da final year ni..
huhu..

-iPaH-

 
At October 22, 2010 at 11:53 AM , Blogger Ani said...

Kita adalah apa yang berlaku kepada diri kita di masa lepas.

Perubahan teknologi, politik, ekonomi, sosial adalah di antara faktor/pengaruh yang meninggalkan kesan yang besar kepada pelajar-pelajar kita.

Cuba ingat kembali apa yang membentuk nilai-nilai kita (mereka yang lahir tahun 60-70an) dulu...

1) tiada internet--nak jawapan kepada sesuatu persoalan, kena bergaul dengan golongan yang berilmu;

2) ahli-ahli politik yang berkualiti--sesiapa yang menyeleweng wang dan menipu, kita pecat;

3) struktur sosial yang berdasarkan semangat kejiranan, iman dan etika--akibatnya? Takut nak dekat dengan zina, jenayah, dan sebagainya...nanti disisih masyarakat dan tiada sokongan moral;

...semua ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita...

1) Kita menghormati guru kerana dia (bukan internet) jawapan kepada permasalahan kita;
2) Kita sayang pemimpin kita, kerana mereka melindungi dan jujur kepada (bukan memperkotak-katikkan) kita;
3) Kita tak suka buat benda yang tidak berfaedah kerana ada pihak yang memantau dan ambil peduli tentang tindakan kita...

Apabila pemimpin (penggubal & pelaksana dasar), sistem sosial (norma, adat, bahasa, pakaian, agama) tercemar dengan mementingkan HANYA ganjaran dunia...inilah hasilnya.

Apa kata Herbert Thelen tentang bilik darjah pada tahun 1954 dulu?

A classroom is laboratory or miniature democracy to study social and interpersonal problems.

Kitalah ahli saintis/feqah yang diberi kuasa untuk memahami masalah yang berlaku, dalamasa yang sama, diberi amanah untuk mengubah masyarakat melalui mereka.

Moga Muhammad idola kita, dan moga Allah bersama kita, amin.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home