Monday, June 7, 2010

saya pun ada perasaan

saya sedih dan tak larat rasanya. dari kampung pukul 7 pagi, sampai kampus 8.20 and kelas bermula 8.30. masuk kelas, cuma 2 org student yang ada. sepuluh minit kemudian, baru yang lain datang. takpa..faktor hujan. plan hari ni nak bincang tiga soalan tutorial dan kemudian ada quiz. bila bincang soalan pertama, ramai yang tidak buat daripada yang buat. alasannya pelbagai. tertinggal file, tak bwk balik buku dan tak tau nak jawab soalan. akhirnya, aku terus keluar kelas dengan 2 alasan :
pertama : cuti tiga hari sebelum tu. sepatutnya boleh siap.
kedua : soalan tu dah dibincangkan dlm kelas sebelum tu. setiap notes dibincangkan. tinggal lagi students kena buat in full format. pun tak boleh buat.
dan hingga kini, aku rasa sangat berkecil hati. selama ni aku sabar..tak faham?takpa, saya ulang..kita bincang sama2..tapi kalau dah macam ni gayanya..ketahuilah yang saya pun ada perasaan. sabar saya dah sampai limit. amiklah banyak mana masa yang awak nak. saya dah tak larat..awak bukannya budak semester 1.dah nak grad dah pun.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home