Saturday, July 26, 2008

senyum sikit boleh tak

pagi2 sabtu dah tercongok kat opis. belum pukul 8 pun. aku tak caya lak. weeken sebelum kul 8 masuk opis, padahal kalau hari kuliah kul 8, aku baru terhegeh-hegeh nak start kereta. haha. aku datang opis nak amik charger. tertinggal. hp langssung takde bateri. tgh tunggu panggilan penting dari adik aku. so terpaksa le meredah keheningan pagi ke opis. aku demam. dah tiga hari. selsema + batuk + sakit tekak+ sakit badan. sangat tak bermaya. nak balik kampung pun tak larat. terperuk le aku di Dungun yang tercinta ini. tapi yang bestnya, makanku complete. lunch +dinner tidak diabaikan.hehe.aku kan lapar sentiasa. walaupun demam, nafsu makan ku tetap di tahap maksimum. ingat nak ikut parents aku g kelantan ari ni. anak sedara aku operate. tapi tak larat sangat. lagipun nanti habis virus-virus ini berterbangan di langit kelantan.
aku nak meluahkan rasa tak puas hati aku time gi makan malam semalam. sangat menyakitkan hati. aku g makan kedai depan umah aku ngan sorang member ni. kami order 2 neslo panas, 1 kueyteow goreng and 1 bihun goreng. sebelum ni kedai ni ok ler. kali ni, waitress dia very the masam mencuka. langsung tidak kelihatan garis-garis senyum di wajahnya. mungkin dah memang takdirnya begitu. then dia datang hantar air. dua gelas. nampak mcm bukan neslo. aku pun panggil dia tanya air apa. dia kata nescafe. aku pun kata kitorang order neslo. dia pun dengan langsung tak senyum menjawab kata tadi kami order nescafe. banyak ler ko. ko tu yang khayal berangan tah ke mana. dia pun blah bawak air tu.
pastu sampai lak makanan. lagi sekali dia mengarut dibawaknya kuetiaw goreng n mi goreng. aku sound lagi. muka dia bengang je. terus dia bwk balik mi tu ke dapur. wei..ko senyum sikit boleh tak. tau ler ada ramai mamat kat meja sebelah. ko gabra kot..so amik order main tulis jer. budak2 tu students aku. geram betul kitorang. nasib baik keluar kata2 kesat lagi menyesatkan. neslo pun tak sampai2 lagi ni.
pastu dia hantar bihun goreng. n neslo. nasib baik sodap. time kitorang panggil dia nak bayar, dia taknak datang .haha. tauke kedai tu ler yang terpaksa mengira. nasib baik kawan aku baik orangnya. takder mengamuk. aku taknak makan lagi kat kedai tu. hehe.bukan nak marah.at least senyum sikit. kami datang makan berbayar, bukan ko bagi free. aku ingat dulu aku dengar ceramah kat mana ntah. penceramah tu kata dia tak akan masuk kedai makan yang tulis " sila bayar di kaunter". sebab kedai macam tu tak menghargai pelanggan. time nak mintak order datang kat pelanggan. time nak duit, suruh pelanggan g bayar. aku? selagi kedai tu tak buat kurang ajar..boleh ler g makan. kedai tadi tu? emm..blacklisted sementara waktu. tak baik ler aku. ..demam pun sempat mengata orang. sudah takdirnya begitu..

4 Comments:

At July 28, 2008 at 10:37 AM , Blogger CIda said...

sib baik la bkn aku. Hehe. Aku ni pantang sket bab2 pengguna. haha. Tp kalo setakat tak senyum tu aku ok lagi. Jgn tahap sound2 macam pakcik pasar payang ataupun adik kole perlis. Yg tu mmg nak kena sound balik dgn aku. hahaha. *emo*

 
At July 29, 2008 at 10:32 AM , Blogger cik wawa said...

syida, cakap pasal senyum ni, teringat aku dulu time wat master, ada budak kutuk aku kata aku sombong.sebab tak senyum.dah le sebelum tu aku duk kata kat member dia sombong sebab langsung tak senyum.last2 rupanya aku puun jadi mangsa kutukan diorang.huhu. padan muka aku

 
At July 31, 2008 at 5:28 PM , Blogger Mama HH said...

yiehuuuu....


kenal tak aku lagi???

 
At August 2, 2008 at 12:56 PM , Blogger Wannoraini Abdul Latif said...

Wa, rindulah kat ko! Bila nak jumpa?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home