Tuesday, June 3, 2008

TAB oh TAB

Hari pertama kehadiran TAS, tiba-tiba TAB buat perangai. lansung tak mau menjalankan kewajipan seperti biasa. disentuh pun tak bergerak. langsung. tidak bernyawa. koma. sebelum ni memang pernah dia merajuk bila disebut-sebut kehadiran TAS. tapi tidaklah sekritikal ini. rajuknya kali ni terlalu maksimum. doktor kata, dia berpenyakit kronik. macam-macam penyakit. kena tahan kat wad sekarang ni. aku pun pening. kos rawatan mesti tinggi. Tidak mengapalah, jasanya terlalu banyak kepada aku. TAB, aku cuma nak kau tau, aku dapatkan TAS bukan kerana nak membuang kau dari hati ini. tapi kerana ingin memberi kau kawan di waktu susah dan senang. niatku ikhlas. aku tau kau kesunyian macam aku. tapi percayalah, aku tidak pernah membezakan kasih sayang di antara kau dan dia. ahaksss..apa daa...

6 Comments:

At June 3, 2008 at 4:23 PM , Blogger CIda said...

weh.. dgn kete pun mau jiwang ka?? hahaha.. guwa setia dgn pfq ok.. pfq selamanya. haha..

 
At June 4, 2008 at 7:44 AM , Blogger Azlan Ismail said...

TAS beroda dua ke empat? Aku sudah ucapkan selamat tinggal pada ADU.Dah jual ..akhirnya...sob..sob...

 
At June 4, 2008 at 10:38 AM , Blogger cik wawa said...

ida..eh ida pulak..hehe..aku kan minah jiwang. terpaksa jiwang dengan kereta.berjodoh ngan kereta je ler.

zana, kalau anak ramai nanti aku ingat nak amik TAS beroda emm...eh bas roda brape ek?

 
At June 5, 2008 at 12:12 PM , Blogger Pishaposh said...

wah, wah ... gerek seh aku nengok orang itu memandu TASnya pagi tadi ...

bila hadirnya TAS nan satu tu?

Dalam diam kau ya ...

Dan, sebab itulah aku tak bisa bicara susuk yang lain bila aku berhadapan atau berdekatan dgn RF ku ....

bila nak merasa naik TAS ni la ye?

 
At June 5, 2008 at 1:49 PM , Blogger cik wawa said...

cik pisha..aku begitu kagum sekali dengan bahasa mu yang indah itu. jangan bimbang. nanti saya buat hari pandu uji TAS ku, dan cik pisha orang ynag pertama dlm senarai :-)

 
At August 2, 2008 at 12:39 PM , Blogger Wannoraini Abdul Latif said...

Bestnya dah ada TAS. Aku masih dengan BHA. Semalam tercedera sedikit. Tapi tak apa, aku yang tercedera di dalam ni lagi parah! Hahaha.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home