Monday, July 19, 2010

apa nak jadi

terlupa sudah ada blog.huhu.sekarang ni dah minggu ketiga semester 2 2010/2011. sem ni masih lagi mengajar subjek sama dengan semester2 lepas. intro to accounting and corporate finance. tapi setelah tiga minggu berlalu, aku rasa pelik. aku macam malas nak explain bnyak2 kat students, and setiap kali aku explain on the theoritical part, everything goes blur. gagap pun ada, cakap terlalu laju pun ada, blackout masa tgh explain pun ada. hmm..makin lama makin malas rupanya si salwa ni. it is not good at all laa.takpelah..bila dah tau ada yang perlu diperbaiki, silakan perbaiki. tak pun sebab dah bosan ngajar kod yang sama. sebab tu prestasi menurun. nak baca balik pun dah malas. next year kena mintak kod baru nih. no no no..not next year..next year akan sibuk nak adapt ngan new life kononnya..lagi tak sempat nak study subjek baru.apa nak jadi..apa nak jadi..sampai sekarang pun malas lagi..

Monday, June 7, 2010

saya pun ada perasaan

saya sedih dan tak larat rasanya. dari kampung pukul 7 pagi, sampai kampus 8.20 and kelas bermula 8.30. masuk kelas, cuma 2 org student yang ada. sepuluh minit kemudian, baru yang lain datang. takpa..faktor hujan. plan hari ni nak bincang tiga soalan tutorial dan kemudian ada quiz. bila bincang soalan pertama, ramai yang tidak buat daripada yang buat. alasannya pelbagai. tertinggal file, tak bwk balik buku dan tak tau nak jawab soalan. akhirnya, aku terus keluar kelas dengan 2 alasan :
pertama : cuti tiga hari sebelum tu. sepatutnya boleh siap.
kedua : soalan tu dah dibincangkan dlm kelas sebelum tu. setiap notes dibincangkan. tinggal lagi students kena buat in full format. pun tak boleh buat.
dan hingga kini, aku rasa sangat berkecil hati. selama ni aku sabar..tak faham?takpa, saya ulang..kita bincang sama2..tapi kalau dah macam ni gayanya..ketahuilah yang saya pun ada perasaan. sabar saya dah sampai limit. amiklah banyak mana masa yang awak nak. saya dah tak larat..awak bukannya budak semester 1.dah nak grad dah pun.

Saturday, June 5, 2010

layan Up di Disney Channel


tadi layan citer animasi UP kat Disney Channel. sangat best. ada pakcik Fredricksen, ada Russell, ada Kevin si burung, dan ada anjing yang banyak. sangat kiut bila sebuah rumah diterbangkan oleh belon2. tapi dekat2 nak ending tu, aku nangis tengok anjing yang nama Dug tu balik umah pakcik Fredrickson. mujur tengok sorang2..leh syahdu. apalah..tengok citer kartun pun nangis. petang jumaat semalam layan citer tv2, Hijrah Catherina pun aku nangis.ari tu layan citer animasi Cars, pun nangis. tengok citer kerete pun aku syahdu.so kesimpulannya, kalau layan citer sorang2, memang aku syahdu. tapi Up ni memang best ah walaupun aku ketinggalan sebab ni citer 2009.


...Carl Fredicksen, a retired balloon salesman, is part rascal, part dreamer who is ready for his last chance at high-flying excitement. Tying thousands of balloons to his house, Carl sets off to the lost world of his childhood dreams. Unbeknownst to Carl, Russell, an overeager 8-year old Wildnerness Explorer who has never ventured beyond his backyard, is in the wrong place at the wrong time - Carl's front porch! The world's most unlikely duo reach new heights and meets fantastic friends like Dug, a dog with a special collar that allows him to speak, and Kevin, the rare 13-foot tall flightless bird. Stuck together in the wilds of the jungle, Carl realizes that sometimes life's biggest adventures aren't the ones you set out for...

Friday, June 4, 2010

saya buta IT

hmmm..bila si buta IT menggodek2 PC, maka jadilah apa yang tak sepatutnya terjadi. tu lah, dulu masa wat master duk serumah ngan student2 IT, taknak tuntut ilmu ngan diorang. dah sekarang ni timbul masalah.

Wednesday, March 24, 2010

pelajar zaman sekarang

emel daripada seorang rakan pensyarah kepada semua staf kampus..sekadar berkongsi.

"pelajar-pelajar kita sekarang terlalu mengambil mudah semua perkara..
mereka bertindak mengikut kata hati bukan kewarasan fikiran..

semua aktiviti yang kita buat untuk mereka, mereka tak nak datang..kena paksa baru datang..
walaupun dalam notis da terpampang 'WAJIB'..
penat lelah kite dan duit yang kita laburkan dalam program untuk mereka, mereka langsung tak hargai..

bukan tu saje, hadir ke kelas pun mereka anggap perkara yang menyeksakan..
klu datang pun dengan pakaian yang tak beretika..
kadang2 angin pun tak boleh masuk sebab baju dan seluar terlalu ketat..
saya yang lihat nie pun tak selesa dan rase terseksa...
saya yakin pensyarah2 kite tegur, tapi sambil bila..

dalam kelas pulak mereka lebih suka melayan SMS dari dengar kite mengajar..
tegur la beribu kali pun, mereka tak heran..
klu ade test lain ceritanye..
mintak batalkan kelas...klu kita tak batalkan kelas, ade la yang sje2 ponteng..
klu yang datang pun, mase kita mengajar terkumat-kamit lah mulut diorang meghafal untuk test..
bayangkan la masuk kelas akaun, tapi menghafal untuk test MGT...nie contoh je..
pelajar2 kita nie nampaknye tak pandai membahagi mase..

pelajar2 kita juga da kurang menghormati pendidik mereka dan orang lain..
klu berselisih ngan kite wat mcm tak kenal..bagi salam, jgn haraplah..
tu satu hal, klu terlanggar bahu pulak susah betul nak ungkapkan kata maaf..

berbeza betul saya lihat pelajar sekarang dengan zaman saya belajar dulu..
mereka nie macam terkena penyakit 'tak de kesedaran diri'..
bahaya virus nie..
klu kite tak bendung,mereka yang berpenyakit nie la yang akan mentadbir negara satu hari nanti.."

ada pendapat ? cadangan? amat dialu2kan..
teringat zaman belajar dulu..nampak lecturer dari jauh dah rasa takut..apatah lagi nak bertentang mata..

Wednesday, March 17, 2010

Pink Krim dan Putih Hijau..Alhamdulillah


Sunday, March 7, 2010

Alfatihah

Alfatihah untuk kawan yang baru aku kenal, Zaza. Baru pernah berjumpa sekali seminggu lepas raya tahun lepas kat umah dia kat Balakong. Dan berjanji untuk terus jadi kawan. Suami dia best friend kepada my Mr. Z. Zaza ngan Mr Z pun sangat rapat. First time jumpa arwah, rasa sangat selesa macam dah kenal lama. Tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Meninggal petang semalam, selepas dua minggu melahirkan baby pertama. Doktor kata paru-paru terkena jangkitan kuman. Wallahualam. Zaza n suami orang kelantan. kerja kat KL. seminggu husband dia berjauhan ngan Zaza sebab Zaza berpantang kat kampung. Ketentuan Tuhan siapa mampu menghalang. Al-fatihah.