rasa..
just finished class for this morning. lagi satu kelas petang ni.semalam and hari ni rasa macam tak betul sikit. bukan angau.bukan gila bayang. tapi rasa tawar hati. cukuplah. tak nak buat parents aku risau lagi tentang lelaki2 dalam hidup aku. kali ni mungkin parents aku tak halang, tapi kalau tak jadi, aku dapat rasakan kelegaan dalam hati mereka. aku cuma meneka. tapi pengalaman banyak mengajar. mungkin perasaan yang aku alami sekarang adalah petunjuk yang aku perlukan. aku bukan sengaja nak meninggalkan, tapi aku terpaksa demi kebaikan bersama. selama ini aku sakit bila ditinggalkan, dan aku tau perasaan yang dia akan alami bila aku mengambil keputusan ini. dia akan sakit. macam aku dulu. cuma aku harap dia akan tabah. lagipun itu janji dia..akan terima apa saja keputusan aku. mungkin ada sikit kesilapan..harapan yang takkan tertunai. tapi petunjuk ini aku terima dengan tenang. semoga hati aku kuat untuk meluahkan apa yang aku rasa, semoga aku kuat untuk menghadapi perpisahan yang aku cipta, semoga dia tak menyalahkan aku atas apa yang terjadi.
walau apa pun keputusan yang aku ambil, walau siapa pun yang akan hadir dalam hati aku, aku pasti..dalam hati aku masih ada "sesorang" walaupun dia takkan menjadi milik aku. "awak tau siapa awak". thanks for what you have done for me. semoga berbahagia.
to my housemet, i know you will support whatever my decision is. thanks.
*hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi, biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik2 saja, bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan,tetaplah sudah, tak ada yg bisa merubah, yang takkan bisa berubah, relakanlah saja ini bahawa semua yg terbaik, terbaik untuk kita semua,menyerahlah utk menang*
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home