Friday, July 10, 2009

Adegan yang tak patut berlaku

Ada orang dah bising sebab aku tak uptade blog. katanya kalau lama sgt terbiar, tikus akan jadi gajah and gajah akan bertukar jadi tikus.dia tension le kot, bergelumang ngan jurnal2 and assignments di Gombak sana. so aku kembali untuk menceriakan hari mereka yang terasa gundah dan tidak tenang perasaannya. hmm..nak cerita tentang apa pulak ek? cerita tentang kesilapan-kesilapan dalam adegan yang tak patut berlaku..di mana mana sahaja dan bila-bila masa pun.

Cerita pertama : Kesilapan memasukkan barang-barang belian dalam troli orang yang tidak dikenali, lantas digelakkan beramai-ramai termasuk oleh tuan troli sebenar.
Time ni bulan puasa tiga empat tahun lepas. aku ngan adik2 and my kakak gi ler shopping barang2 dapur sebab raya dah dekat. orang ramai gile kat kedai ni..time ni Mydin Mall lum ada kat KT. so memang kedai ni jadi tumpuan le. kami membeli belah sambilgelak2..amik2 barang yang sepatut dan tak sepatutnya.gembira betul. aku kan suka buat scene, so berlaku ler scene bodoh ni. dalam troli kitorang adaler barang2 mcm, kicap, sos, susu. and aku pun amik ler rempah2 yang peket2 tuh and campak dlm troli kat tepi aku. lepas tu aku terperasan troli aku tu mcm dah penuh. sekali pandang lagi tengok ada beras gak dlm tu. seingat aku takder pulak mak aku pesan beras. sekali aku sound kat adik2 aku, ..eh...sapa yang beli beras ni? ada dlm list ker? sekali adik2 aku bantai gelak and aku tersedar yg itu bukan troli kitorang.troli tu kepunyaan adik kat sebelah aku.adik tu tengok aku and bantai gelak, ditambah pulak dengan gelak adik2 aku yg melampau itu. aku malu giler, terus amik balik rempah2 yg aku campak dlm troli tu masuk balik dlm troli aku. yang pasti..mereka tidak berhenti mengelakkan aku. masih terbayang rupa adik itu yang berkopiah.sungguh suci..tapi ko gelakkan aku..hampeh..

Cerita kedua : Kesilapan masuk ke tandas lelaki di Padang Besar kerana terlupa nak check kejantinaan tandas tesebut sebelum masuk. Malu wei.
Insiden ni berlaku tahun 2007. time gi kenduri kawan kat Aloq Staq. Gi Padang Besar ngan Cik Cida, Cik Lynn, and CIk Cah.Bersoping sakan. pastu makan. sementara tunggu makanan sampai, aku pun gi toilet. ntah kenapa time tu aku tak terbuka hati nak tengok kat luar toilet tu apakah jantinanya. lelakikah..perempuankah.dan aku masuk dengan begitu yakin selepas membayar rm 0.20. Dah setel, aku keluar. elok je bukak pintu tandas nak keluar, aku terpandang sorang mamat ni nak masuk tandas sebelah aku. dia pandang aku and aku pandang dia. bertentang mata gitu. aku rasa pelik gak kenapa ada lelaki kat tandas tu, lalu terpikir mungkin tandas tu untuk kedua2 jantina. tapi dia pandang aku mcm tak puas hati. aku pun blah. pastu terbuka hati nak pandang kat pintu tandas. ohh...rupanya tandas itu berjantina lelaki. dan betul2 di hadapanku ada tandas berjantina perempuan.patutlah tandas tadi macam ada tempat buang air tapi bukan yang dlm tandas punya..ekekek...lain kali pintu besar tandas jantina perempuan hendaklah di cat warna merah jambu..senang nak nampak..

sekadar selingan..aku suka gi Padang Besar and Bukit Kayu Hitam. tapi yang paling aku menyampah cara diorang promote baju2 kedai diorang kat aku..ayatnya mesti berbunyi begini : "Masuk kak..baju saiz besar ada ..banyak..murah2..
huh...takde ayat lain ke ko nak ngayat aku..

Cerita ketiga : Kesilapan minum air sirap kawan aku yang kusangkakan air sirap sprite yang aku order. dah ler tu, bila kawan aku tanya sedap ker sirap sprite yang aku minum tu (sirap kawan aku lum sampai), aku dengan yakinnya kata sedap lepas aku rasa.padahal itu bukan sirap sprite.malu wei..paham ke ni?
masa kat Sarawak dulu, lepak ngan kawan2 aku kat waterfront. dia order sirap, aku order sirap sprite, and lagi sorang order apa ntah..luper. then sampailah air ni. waiter ni letak depan aku. aku ingat sirap sprite. aku minum and bagitau kawan2 aku sedap tul ari sirap sprite ni. pastu air sirap kawan aku sampai. lepas dia minum, dia pun dengan kompiusnyer berkata...kenapa sirap aku rasa sprite..dan kami bantai gelak sebab tertukar air. dan mereka mengutukku kerana begitu kompiden mengatakan air sirap itu adalah sirap sprite .mana aku tau..sirap biasa pun ada rasa aa2 sprite. hampeh. samapi sekarang, kalau diorang order air sirap, dioang kutuk aku. aku tak sanggup..kuang ajaq punyer sirap sprite.

Cerita keempat : Kesilapan tidak study MAF6*0 lagi..lusa kelas wei...kena study sungguh2..baru buleh explain dgn jayanya..

Next time aku wat entry citer lain pulak..nice day my friends..

2 Comments:

At July 11, 2009 at 9:37 PM , Blogger Hilmi & Faeizah said...

hahahahaahahahahhaa...aku tengah gelak ngan anak aku nih...

 
At July 15, 2009 at 2:44 PM , Blogger cik wawa said...

hehehe...habaq kat anak ko jangan jadi 'loqlaq" mcm kak wa..ekeke

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home