tahun baru ku
kelihatan ada sawang di blog ku ini.lamanya tidak update cerita-cerita yang kadang-kadang entah apa-apa. cuti semester baru habis. lima minggu?apa yang berlaku sepanjang lima minggu? dua minggu pertama ke kursus induksi, seminggu kemudian bercuti hari raya haji, seminggu kemudian kembali bekerja (itupun sebab cuti dibekukan kerana minggu kualiti), dan seminggu terakhir bercuti lagi. tak berjaya habiskan cuti pun. masih berbaki lima hari. sungguh indah menghabiskan masa di atas katil dan berjalan-jalan di dalam rumah di kampung. kenduri-kendara tak usah cerita lah. sesi makan-makan di rumah sendiri dan rumah saudara mara membuatkan hidupku semakin berat kerana beban yang dibawa juga semakin berat. huhu. aku pasrah.
selamat tahun baru 2009 kepada semua. dah tiga hari tahun baru berlalu. dan ku sambut tahun baru ini dengan satu perkara indah yang berlaku dalam hidupku, dan semoga ia berkekalan seperti yang dirancang. harapanku semoga ia direstui. ku bahagia.ahaks.nak jugak bagitau tu. kawan-kawan, nanti kita cerita-cerita ye.ku berdoa semoga semua orang bergembira dan menjadi lebih baik pada tahun ini, terutamanya diriku.
kelas untuk semester baru bermula 31hb Disember.Rabu. pengalaman masuk ke kelas untuk semester baru? hanya seorang sahaja pelajar di dalam kelas itu yang hadir. sepatutnya kelas itu untuk part 2, tetapi yang ada cuma seorang pelajar part 7 yang baru nak ambil subjek itu. hari kedua, ku tanya pelajar kumpulan A, ke mana menghilangnya pelajar kumpulan B. kata mereka, kumpulan B tidak wujud untuk semester ini. sebabnya ramai yang dismissed and drop paper tu. ku bagitau KP. KP pun tanya KP yang berkenaan. KP tu kata, memang ada kumpulan B tetapi mungkin pelajar masih belum mendaftar. ku kekeliruan. tak apalah. tunggu saja minggu depan.
ku sebenarnya tengah menunggu kek cokalat kukus ku siap.tetapi tiba-tiba ada bau yang kurang menyenangkan. apakah yang berlaku kepada kek itu? hangit kah? argh..rupanya air dalam kukusan telah kering di minit ke 50. sepatutnya masak pada minit ke 60. ku tutup api dapur. kek dah masak dan sedap sekali(mesti cerita jugak ni). tetapi bahagian bawah bekas kek itu melekat pada kukusan itu. ku guna bekas kuih putih yang letak taufu fa tu. hampeh. jenuh nak keluarkan bekas tu. akhirnya ku berjaya. tapi bila tengok bawah bekas tu, takde lah bawahnya. dah retak.hehe.yang penting kek itu sedap dan menyelerakan.
2 Comments:
Wa..Selamat Tahun baru 2009! wah, happy nampak! Ceritalah! Ceritalah! Bestnya hati berbunga riang. "Cinta sudah berputik ya?". Alhamdulillah jika bergitu. Good luck my dear!.
nani, dalam diriku penuh dengan cinta. maukah anda menjadi salah seorang yang kucintai? i luv u so much.mmuahss
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home