Saturday, November 29, 2008

kena denda

hari ni ada adegan yang tak boleh dilupakan. kena denda sebab datang lambat perhimpunan pagi induksi. dendanya berdiri didepan bersama-sama penghulu menyanyikan lagu negaraku dan lagu uitm.keh keh keh. memang kami bertiga selalu lambat ke perhimpunan or ke dewan ceramah. oang terakhir. tapi kalau ke dewan makan jadi orang pertama. kawan2 dari kampus yang sama dengan aku semua macam tu. hehe. memang kami turun breakfast lambat. dalam pukul 7.45 baru turun. perhimpunan pukul 8. memangler jadi orang terakhir masuk dewan.

tadi tiba2 penghulu tu panggil kami ke depan selepas dia check barisan. tergelak2 le kami ke depan. yang lain semua gelakkan kami. aku pun dengan mulut jahat kata bukan setakat nyanyi kat depan, nak jadi solo pun boleh. tapi lepas ni janji dah taknak lambat. walaupun ayat tu diulang setiap malam dengan roomateku. ayat klise.so, hopefully esok kami berjaya mengawalkan diri kami ke dewan ceramah dan mengekalkan tempat pertama ke dewan makan.

tengah sakit gigi sebenarnya. dah dua tiga hari mnderita. rasa ngilu amat sangat menitik air mata ku bila kesakitan itu datang setiap 15 minit. uwaa...nak bersiap gi dewan pulak. nanti lambat kena denda lagi. tidakkk...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home