Saturday, August 15, 2009

Dendam Si Duku

Bab 1

Aku memang tidak sukakan buah duku dan buah langsat. dan aku tidak tau bagaimana untuk membezakan di antara kedua-dua jenis buah itu. bagiku mereka sama.rupa luaran amat tiada perbezaan yang jelas. bila ada orang yang memberi atau menawarkan buah2 itu kepadaku, aku menolak. kadang-kadang dengan sedikit perasaan sombong kerana aku tidak makan buah tersebut yang bagiku tidak membuka selera seperti buah oren, buah mata kucing atau anggur. maaf kepada pencinta duku. aku cuma berterus terang tentang diriku. jikalau aku makan pun, hanya mungkin dua atau tiga biji setahun. sangat boleh dikira dengan jelas dan nyata.

Bab 2

Minggu lepas, hari rabu sekembalinya aku daripada kelas, ada satu plastik duku di atas meja. Teman sebilik menyatakan kawan kami yang bagi. teman sebilikku pun tidak makan duku. dia menyangkakan aku suka makan duku kerana aku suka makan buah mata kucing, katanya, buah mata kucing dan duku adalah berbentuk bulat. maka di membuat kesimpulan yang aku pun suka makan duku. kesimpulan itu amatlah salah. aku membiarkan saja plastik berisi duku itu di atas mejaku.

Bab 3

Keesokan hari, datang seorang kawan ke bilik ku. Dia bertanyakan tentang buah duku di atas mejaku. aku menawarkan duku trsebut kepadanya dan dia makan sebab dia memang suka duku. sambil berborak, tanpa disedari aku mengopek sebiji duku itu dan makan. sangat manis. dan tanpa ku sedari juga, kawanku itu hanya makan empat biji, dan aku menghabiskan yang lainnya tanpa sedar. sangat manis.dan aku kemudian diejek oleh teman sebilikku kerana menghabiskan duku yang sebelum ini tidak ku suka. aku cuma tersenyum. bagiku, mungkin ini permulaan yang baik utk aku sukakan duku. dan aku rasa bangga kerana mampu makan duku dengan banyaknya.

Bab 4

Petang itu, aku memandu pulang ke kampung. selepas setengah perjalanan, dadaku tersa semput dan sukar utk aku bernafas. aku agak risau kerana aku memandu seorang diri. tambahan pula, sesak nafas adalah simptom H1N1. dalam kerisauan itu, aku selamat sampai ke rumah.

Bab 5

Keesokan pagi, pukul 11, aku ke hospital. aku sangat teruja kerana MA bagi aku check sendiri telinga menggunakan alat yang comel itu untuk mengambil bacaan suhu badan. cuma 36.9 saja suhunya. tak demam. kemudian masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. semuanya ok. doktor tanya samada aku makan apa2 dlm kadar luar biasa? aku teringatkan duku ajaib itu. oh tidak. doktor kata duku itu buah yang sejuk tidak boleh makan dengan banyak. nampaknya duku itu memang berdendam denganku.namun, aku bersyukur kerana masalah tidak dapat bernafas denan jayanya itu bukan disebabkan simptom H1N1, tetapi disebabkan duku H25 (ak makan 25 biji).doktor kata mungkin juga cara aku bernafas tidak betul. dan baru ku tau rupanya ada empat jenis selsema babi iaitu H1N1, H1N2, H3N1, dan H3N2 (ku baca pada poster di hospital).

Bab 6

Aku menulis dalam bentuk ini kerana otakku sudah tepu. Sudah dua hari cuba memahami subjek yang perlu diajar esok. Efficient market theory , weak market, semi strong, strong, bla..bla.bla...anomalies ...rationality..aku pasrah. saya yakin betul ..saya kunci topik ini. kita jumpa esok pagi..

Sekian kisah dendam si duku atau duku-duku atau 25 biji duku di dalam plastik