Wednesday, March 24, 2010

pelajar zaman sekarang

emel daripada seorang rakan pensyarah kepada semua staf kampus..sekadar berkongsi.

"pelajar-pelajar kita sekarang terlalu mengambil mudah semua perkara..
mereka bertindak mengikut kata hati bukan kewarasan fikiran..

semua aktiviti yang kita buat untuk mereka, mereka tak nak datang..kena paksa baru datang..
walaupun dalam notis da terpampang 'WAJIB'..
penat lelah kite dan duit yang kita laburkan dalam program untuk mereka, mereka langsung tak hargai..

bukan tu saje, hadir ke kelas pun mereka anggap perkara yang menyeksakan..
klu datang pun dengan pakaian yang tak beretika..
kadang2 angin pun tak boleh masuk sebab baju dan seluar terlalu ketat..
saya yang lihat nie pun tak selesa dan rase terseksa...
saya yakin pensyarah2 kite tegur, tapi sambil bila..

dalam kelas pulak mereka lebih suka melayan SMS dari dengar kite mengajar..
tegur la beribu kali pun, mereka tak heran..
klu ade test lain ceritanye..
mintak batalkan kelas...klu kita tak batalkan kelas, ade la yang sje2 ponteng..
klu yang datang pun, mase kita mengajar terkumat-kamit lah mulut diorang meghafal untuk test..
bayangkan la masuk kelas akaun, tapi menghafal untuk test MGT...nie contoh je..
pelajar2 kita nie nampaknye tak pandai membahagi mase..

pelajar2 kita juga da kurang menghormati pendidik mereka dan orang lain..
klu berselisih ngan kite wat mcm tak kenal..bagi salam, jgn haraplah..
tu satu hal, klu terlanggar bahu pulak susah betul nak ungkapkan kata maaf..

berbeza betul saya lihat pelajar sekarang dengan zaman saya belajar dulu..
mereka nie macam terkena penyakit 'tak de kesedaran diri'..
bahaya virus nie..
klu kite tak bendung,mereka yang berpenyakit nie la yang akan mentadbir negara satu hari nanti.."

ada pendapat ? cadangan? amat dialu2kan..
teringat zaman belajar dulu..nampak lecturer dari jauh dah rasa takut..apatah lagi nak bertentang mata..

Wednesday, March 17, 2010

Pink Krim dan Putih Hijau..Alhamdulillah


Sunday, March 7, 2010

Alfatihah

Alfatihah untuk kawan yang baru aku kenal, Zaza. Baru pernah berjumpa sekali seminggu lepas raya tahun lepas kat umah dia kat Balakong. Dan berjanji untuk terus jadi kawan. Suami dia best friend kepada my Mr. Z. Zaza ngan Mr Z pun sangat rapat. First time jumpa arwah, rasa sangat selesa macam dah kenal lama. Tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Meninggal petang semalam, selepas dua minggu melahirkan baby pertama. Doktor kata paru-paru terkena jangkitan kuman. Wallahualam. Zaza n suami orang kelantan. kerja kat KL. seminggu husband dia berjauhan ngan Zaza sebab Zaza berpantang kat kampung. Ketentuan Tuhan siapa mampu menghalang. Al-fatihah.