Monday, June 7, 2010

saya pun ada perasaan

saya sedih dan tak larat rasanya. dari kampung pukul 7 pagi, sampai kampus 8.20 and kelas bermula 8.30. masuk kelas, cuma 2 org student yang ada. sepuluh minit kemudian, baru yang lain datang. takpa..faktor hujan. plan hari ni nak bincang tiga soalan tutorial dan kemudian ada quiz. bila bincang soalan pertama, ramai yang tidak buat daripada yang buat. alasannya pelbagai. tertinggal file, tak bwk balik buku dan tak tau nak jawab soalan. akhirnya, aku terus keluar kelas dengan 2 alasan :
pertama : cuti tiga hari sebelum tu. sepatutnya boleh siap.
kedua : soalan tu dah dibincangkan dlm kelas sebelum tu. setiap notes dibincangkan. tinggal lagi students kena buat in full format. pun tak boleh buat.
dan hingga kini, aku rasa sangat berkecil hati. selama ni aku sabar..tak faham?takpa, saya ulang..kita bincang sama2..tapi kalau dah macam ni gayanya..ketahuilah yang saya pun ada perasaan. sabar saya dah sampai limit. amiklah banyak mana masa yang awak nak. saya dah tak larat..awak bukannya budak semester 1.dah nak grad dah pun.

Saturday, June 5, 2010

layan Up di Disney Channel


tadi layan citer animasi UP kat Disney Channel. sangat best. ada pakcik Fredricksen, ada Russell, ada Kevin si burung, dan ada anjing yang banyak. sangat kiut bila sebuah rumah diterbangkan oleh belon2. tapi dekat2 nak ending tu, aku nangis tengok anjing yang nama Dug tu balik umah pakcik Fredrickson. mujur tengok sorang2..leh syahdu. apalah..tengok citer kartun pun nangis. petang jumaat semalam layan citer tv2, Hijrah Catherina pun aku nangis.ari tu layan citer animasi Cars, pun nangis. tengok citer kerete pun aku syahdu.so kesimpulannya, kalau layan citer sorang2, memang aku syahdu. tapi Up ni memang best ah walaupun aku ketinggalan sebab ni citer 2009.


...Carl Fredicksen, a retired balloon salesman, is part rascal, part dreamer who is ready for his last chance at high-flying excitement. Tying thousands of balloons to his house, Carl sets off to the lost world of his childhood dreams. Unbeknownst to Carl, Russell, an overeager 8-year old Wildnerness Explorer who has never ventured beyond his backyard, is in the wrong place at the wrong time - Carl's front porch! The world's most unlikely duo reach new heights and meets fantastic friends like Dug, a dog with a special collar that allows him to speak, and Kevin, the rare 13-foot tall flightless bird. Stuck together in the wilds of the jungle, Carl realizes that sometimes life's biggest adventures aren't the ones you set out for...

Friday, June 4, 2010

saya buta IT

hmmm..bila si buta IT menggodek2 PC, maka jadilah apa yang tak sepatutnya terjadi. tu lah, dulu masa wat master duk serumah ngan student2 IT, taknak tuntut ilmu ngan diorang. dah sekarang ni timbul masalah.