Disebabkan semua orang duk sibuk cerita tentang kenaikan harga minyak, aku pun nak bercerita gak. walaupun cerita ntah hape2.
Petang 4 Jun 2008, Jam 6.27
Terima sms dari adik aku di ATMA.
Dia : Tau dok harga minyak naik jadi RM 2.70 mulai esok?
Aku : Ye ke ? Mana tau
Dia : Td tengok update kat Utusan Online
Aku : Mampus. Biar Betul. Banyak tu.
Hmm..hari tu aku baca paper harga minyak naik bulan 8. Nak gi isi minyak ke? Tak perlu. Kesian pada orang yang betul2 perlukan minyak pada masa tu. Terus sambung tengok Ezora. Aku sms dua tiga orang kawan aku bagitau berita tergempar. Kebetulan TV3 pun tengah anmounce berita tu. Kawan-kawan aku balas. Antaranya sorang ni.
Dia : So apa incentive kerajaan nak bagi>
Aku : Rebat bla bla..bla n bla lagi. Pas ni jalan kaki jer gi kerja.
Dia : Boleh kurus le awak lepas ni.
Aku tak reply dah. Kusyuk tengok Karina bercakap dalam citer Ezora.
Pukul 7 my housemate balik.Bila dia tau, terus keluar semula nak g isi minyak. Aku tetap depan TV. Malas nak keluar. Cukup lagi miyak untuk aku balik kampung esok. 10 minit kemudian, my housemate sms.
Dia : Kak Wa, panjang giler Q ni. Sampai luar stesen minyak.
Aku cuma tersenyum kelat dan meneruskan tontonan ;-).
Kawan aku yang tadi sms lagi.
Dia : Mesti awak ngajuks. Awak ingat saya kata awak g*muks. Gurau je lah. Napa sensitip sangat?
Aku : Penat le nak menangkis tohmahan awak kata saya merajuk. Saya khusyuk tengok Ezora. Tak sempat nak balas sms awak.
Dia: Bla, bla, bla,....
Malam, jam 8.35 keluar makan dengan kawan aku yg sms petng td. Sembang, pot pet pot pet marahkan harga minyak naik. Tengok stesen minyak dah macam nak bagi minyak free je. Ramai sangat yang sanggup beratur nak isi minyak. Aku masih dengan pendirian aku tidak mahu menyertai kumpulan-kumpulan itu. Kesiankan orang-orang yang betul2 memerlukan minyak yang mungkin enjin kereta mereka mati di tengah jalan kerana kehabisan minyak.
Dia : Pukul 11 jap lagi saya nak gi isi minyak jugak. Esok nak balik kampung tapi minyak dah kering.
Aku : Tak payah ler. Balik je ngan saya esok. Ramai sangat orang q tu.
Dia : Takpe. Nak merasai kemeriahan kenaikan harga minyak
Malam tu, pukul 12.02 aku dapat sms drpd kawan aku tu.
Dia : Tak sempt jugak ah. Tak ada rejeki
Aku cuma tersenyum.
Lepas itu dia telefon.
Dia : Saja nak berkongsi cerita. Giliran saya dapat isi minyak tepat2 pukul 12 malam. Saya orang pertama di stesen itu yang menikmati kenaikan harga ini.
Aku cuma tersenyum kelat. Tidak dapat berbuat apa2 untuk menolong.
Aku teringat pekerja pam minyak yang menegur ku dua tiga hari lepas. Mungkin lepas ni, aku cuba berbaik-baik dengan dia untuk membantu aku membeli minyak dengan lebih murah ;-)