Saturday, July 26, 2008

senyum sikit boleh tak

pagi2 sabtu dah tercongok kat opis. belum pukul 8 pun. aku tak caya lak. weeken sebelum kul 8 masuk opis, padahal kalau hari kuliah kul 8, aku baru terhegeh-hegeh nak start kereta. haha. aku datang opis nak amik charger. tertinggal. hp langssung takde bateri. tgh tunggu panggilan penting dari adik aku. so terpaksa le meredah keheningan pagi ke opis. aku demam. dah tiga hari. selsema + batuk + sakit tekak+ sakit badan. sangat tak bermaya. nak balik kampung pun tak larat. terperuk le aku di Dungun yang tercinta ini. tapi yang bestnya, makanku complete. lunch +dinner tidak diabaikan.hehe.aku kan lapar sentiasa. walaupun demam, nafsu makan ku tetap di tahap maksimum. ingat nak ikut parents aku g kelantan ari ni. anak sedara aku operate. tapi tak larat sangat. lagipun nanti habis virus-virus ini berterbangan di langit kelantan.
aku nak meluahkan rasa tak puas hati aku time gi makan malam semalam. sangat menyakitkan hati. aku g makan kedai depan umah aku ngan sorang member ni. kami order 2 neslo panas, 1 kueyteow goreng and 1 bihun goreng. sebelum ni kedai ni ok ler. kali ni, waitress dia very the masam mencuka. langsung tidak kelihatan garis-garis senyum di wajahnya. mungkin dah memang takdirnya begitu. then dia datang hantar air. dua gelas. nampak mcm bukan neslo. aku pun panggil dia tanya air apa. dia kata nescafe. aku pun kata kitorang order neslo. dia pun dengan langsung tak senyum menjawab kata tadi kami order nescafe. banyak ler ko. ko tu yang khayal berangan tah ke mana. dia pun blah bawak air tu.
pastu sampai lak makanan. lagi sekali dia mengarut dibawaknya kuetiaw goreng n mi goreng. aku sound lagi. muka dia bengang je. terus dia bwk balik mi tu ke dapur. wei..ko senyum sikit boleh tak. tau ler ada ramai mamat kat meja sebelah. ko gabra kot..so amik order main tulis jer. budak2 tu students aku. geram betul kitorang. nasib baik keluar kata2 kesat lagi menyesatkan. neslo pun tak sampai2 lagi ni.
pastu dia hantar bihun goreng. n neslo. nasib baik sodap. time kitorang panggil dia nak bayar, dia taknak datang .haha. tauke kedai tu ler yang terpaksa mengira. nasib baik kawan aku baik orangnya. takder mengamuk. aku taknak makan lagi kat kedai tu. hehe.bukan nak marah.at least senyum sikit. kami datang makan berbayar, bukan ko bagi free. aku ingat dulu aku dengar ceramah kat mana ntah. penceramah tu kata dia tak akan masuk kedai makan yang tulis " sila bayar di kaunter". sebab kedai macam tu tak menghargai pelanggan. time nak mintak order datang kat pelanggan. time nak duit, suruh pelanggan g bayar. aku? selagi kedai tu tak buat kurang ajar..boleh ler g makan. kedai tadi tu? emm..blacklisted sementara waktu. tak baik ler aku. ..demam pun sempat mengata orang. sudah takdirnya begitu..

Tuesday, July 22, 2008

gambar je

malas nak citer panjang.cik syida dah citer. enjoy the pics. sempat bergambar kat Noor Arfa Batik je. kawan-kawan jangan lupe ye plan kite utk trip to pulau perhentian. nyum nyum...
kawanku di samping ikan kaloi

aku di samping ikan kaloi

aku dan kawan-kawanku yang comeiii


Wednesday, July 16, 2008

long busy.

rasanya tak leh lari dari perkataan "SIBUK MEMANJANG". perkataan lain yang sesuai apa ek? bosan dengan word sama je. emm..oo..."LONG BUSY". hehe. aku tengah wat assignement sebenarnya utk kursus KAP hari tuh. Creative teaching...dlm 2000 words. baru siap 2 paragraphs. camane nak jadi kreatif kalau malas nak berpikir? lagipun, aku terlalu sibuk lately.

semester baru bermula. jadual kelas pun tak berapa cantik. ada dua hari kelas 4 -6 and 12-2. tapi isnin free. kelas 4-6 tidak menjanjikan input dan output yang banyak. students pun letih kelas dari pagi. takper lah. kena kreatif. suruh diorang menari ponco-ponco dlm kelas. hehe. takpun suruh diorang berlakon jadi manjalara ke, puter shazlan ker, karina ker, ezora ke.

fakulti aku wat family day last weeken at Suria Cherating . seronok. tapi memang memenatkan bagi kami AJK2 ni. kerja tak berenti. meeting, wat soklan treasure hunt, cari hadiahs, bungkus hadiahs, jadi MC , angkat barang bla.bla.bla. huhu. kenapa nasib ku begini ?

nak sambung kerja ah. jap gi kena gi unit kualiti lak. aknc datang lagi. tak terkejar den..