Wednesday, August 27, 2008

Alkisahnya..

During the one-week semester break, aku gi KL almost one week untuk observed students buat practical. Semester ni kene kat area KL, Bangi and Sepang. My other friends tak dapat temankan aku sebab diorang kena observed students kat area Besut and Kota Bharu. Bila my parents dapat tau aku nak g KL, my dad nak ikut jalan2. sian dia dah lama tak g jalan KL. Last time aku bawak dia g KL January 2007. Dekat 2 tahun. So aku pun gi ler ngan diorang. Bertolak hari selasa pagi. Booking hotel kat tgh2 bandar KL sebab plan nak gi memantau KL dulu on the first day. Aku main redah jer. Awal-awal dah bagitau my parents, kalau ada rexeki jumpa ler hotel tu. Kalau kurang rezeki, bersedia le duk dlm kereta berjam-jam menyesatkan diri. Hehe.

Masuk KL dlam kul 5. elok pulak orang baru balik kerja. Aku nampak dah building yang dekat2 hotel tuh, tapi aku tak tau nak gi situ camane. Hehe. Biasaler..dekat tapi jauh. So aku drive ngan begitu mengarut sekali. Pusing je ikut mana2 jalan yang ada. Masuk jalan bukit bintang le, sultan ismail ler, raja chulan.semua aku redah bersama-sama kenderaan begitu menyesakkan kepala otak. Almost one hour gitu duk pusing2. At last, tetiba dah terkeluar dari bandar. Heheh. Nampak le satu cab tersadai di tepi jalan. Driver dia tgh rest kot. Aku pun berenti, kluar tanya pakcik cina tu. Dia pun bagitau le arahnya. Aku terkesima. Heheh.dapat ku bayangkan yang aku tidak akan sampai ke hotel tu.

Akhirnya, aku suruh je driver tu bawak kitorang ke hotel. Kami follow dia. Deal RM 10. ok le. Kalau RM 20 pun aku nak bayar sebab aku memang buta jalan KL.hehe. Dekat satu jam jugak baru sampai depan hotel. Jammed nak mati. Driver tu charged another RM 2 sebab dia pun terperangkap dlm jam. so jadi doblas ringgit. Lega aku sampai gak kat hotel. Then makan roti canai jap ngan my parents kat bawah tu, pastu check in. Kul 7 lebih baru masuk. Huhu. Penat giler. Sian mak bapak aku. Takper. Ayah aku pun selalu gak terlibat dengan sesat2 jalan ni. Heheh.

Disebabkan aku buta ngan jalan2 area KL nih, awal2 aku dah booking ex-boss aku kt Kajang tuh tolong bawak aku g observation. Pagi2 tu dia dh datang. Then bawak aku gi Kg. Baru, Annexe TM, Bandar Tun Razak, Pandan and Jln Conlay. Tengahari dh settle kerja aku. Hehe. Kalau aku gi sendiri, maunya malam pun belum settle. Ekeke. Terima kasih bos. Dulu2 time saya kerja ngan bos, mana2 yang terkutuk and termengata tuh kira halal le yer. Nanti bulan 10 g memantau lagi sekali, bos tolong lagi yer. Banyak pahala bos menolong insan dalam kesusahan.

Petang tu gerak gi umah abang aku kat Nilai. The next day observation kt Bahagian Pentadbiran, MAS, and satu company kat Bangi ni. Pastu gi jenjalan. Malam tu aku gagahkan diri jumpa kengkawan, Sah and Ta kat Serdang. Makan seround, gossip2, gelak2, then blah balik Nilai. Hari Sabtu balik KT. Memang penat gile. Drivernya aku sorang. Sakit bahu sampai sekarang. Ahad pagi kelas kul 8 pagi. Tapi tak larat nak balik Dungun kul 6.30 pagi. Batal kelas aku. Student pun separuh kelas je datang sebab baru lepas coti seminggu. Itulah serba sedikit kisah hidup saya di waktu cuti semester. Begitu letih tapi seronok. Nanti kena pergi lagi untuk second time observation. Juper mung dinung. KL.........aku datang.

Puasa? Lum abih lagi ganti dua hari. Takper..esok selesai le misi. Dua tiga hari ni nafsu buker poser aku mencurah-curah. Macam2 makanan aku teringin. Dua hari lepas dah makan nasi, tetiba g KFC teringin nak makan Twister. Memang sedap sungguh. Nikmat rasanya. Semalam pulak, teringin makan sup. G ler hotel uitm beli sup ekor and chicken wing. Nampak lak Oreo Cheese Cake. Nafsu makanku pantang dicabar. Beli jugak. Balik umah masak nasi. Buker poser ngan my hosmet. Aku yg melantak banyak. Dia yg kurus keding tuh makan sikt jer. Udah takdirnya begitu. Heheh. Sian tengok hosmet aku sekarang. Makin kurus. Macam-mcam masalah. Family, boyfren, kerja yang melambak. Tapi aku kalau ada problem nafsu makan tak pernah berkurang. Belasah aja. Patut ler tak pernah kurus. Macam tuh rupenyer. Baru aku sedar. Huhu.

Selain nafsu makan yang menguji jiwa, aku juga suka sangat tidur. Tidur awal dlm kul 10, bangun lambat. Aku memang suka tido. Ni pun rasa nak tidur. Kenapa aku begini? Hormon apakah yang terlebih atau terkurang? Ataupun memang takdirnya begitu. Hehe.

Next week dah puasa Ramadhan. Bestnye. Semoga puasa tahun ini lebih bak daripada puasa tahun-tahun sebelumnya. Amin.
sekarang ni suka dengar lagu "Warkah". Ost sindarela. rindu lak kat aunty mary..syida, aku tau ko suka aunty mary kan. jom kita nyanyi sesama..
Warkah by Bau, OST Sindarela
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mumelangkah
namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

1 Comments:

At August 27, 2008 at 1:14 PM , Blogger Mrs Azliza said...

Wa..aku pun suka lagu tu..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home