Penat
Sangat penat. Selepas hampir satu hari menyediakan bahan dan memasak untuk my anak-anak angkat. Semalam petang pergi beli barang-barang untuk jamuan. Ayam, spaghetti, kek untuk puding triffle, susu. Penat gak gi cari bahan2. Malam tadi dah start buat puding triffle. Then malam tadi jugak cincang ayam for kuah spaghetti and potong ayam kecik-kecik untuk kari roti jala. Sebelum tu sempat lagi keluar makan malam kat Kerteh. Pukul 11 lebih baru start buat semua tu. Pagi tadi lak jaga exam sampai 11 a.m. pastu terus balik buat apa2 yang patut sementara tunggu chef yang diimport khas untuk masak kari roti jala. Hehe. Open house last year pun panggil dia untuk masak kari for mi kari. Memang best ah dia masak. Member satu fakulti gak. Bab2 masak ni serah kat dia ah. Baru bagitau aku nak buat rotijala, terus dia offer nak buatkan kari. Suka le aku.
So start masak spageti kul 12. Potong2 bawang, basuh gelas and pinggan utk jamuan yang aku amik dari almari mak aku kat kampung, potong kentang. Pastu chef sampai terus dia masak kari. Wahh.....meletups. and chef kata kalau nak buat roti jala, beli pewarna kuning limau yang serbuk tu. Jangan pakai pewarna kuning telur. Nanti warna tak cantik. Dulu aku pernah suruh mak aku campur ngan kunyit nak bagi dia kaler kuning. Hampeh. Geleng kepala je mak aku tengok anak dia yang bagi idea paling bernas. Hmm.. tiada kejayaan tanpa kegagalan.
Pastu aku masak kuah spageti. Kisar bawang putih n bawang merah, and lada hitam. Tumiskan. Then masukkan daging and ayam cincang. Pastu tuang segala sos carbonara, sos cendawan and kentang. Untuk 4 bungkus spageti, lebih kurang dalam dua tin sos carbonara, and 3 tin sos cendawan dan kentang. Lagi banyak lada hitam lagi best. So jadilah dia spageti with black pepper carbonara sos. Hehe. Then aku ngan chef terus menjala. Sangat seronok aktiviti ini. Sekilo gandum dapatler dalam 70 keping roti jala. Sian chef hari ni. Pening kepala dapat anak murid mcm aku. Nak masak kari untuk 40 orang, ada ke aku beli rempah kari yang peket kecik tu je. Pastu santan lak satu plastik kecik RM1.20 jer. Terpaksaler gi kedai lagi cari rempah and santan. Hehe. Dahle sepanjang proses masak, dua jari aku tercedera terkena penutup tin sos cendawan, dan lenganku melecur terkena kuali ketika menjala. Sakit weh. Pedih ulu hati.
Kul 4.40 siap semua. Jamuan kul 5. kelam kabut aku bersiap. Then masuk kampus. Buat kat depan dewan. Seronokle tengok budak2 tu makan. Aku jemput sekali AJK persatuan aku. Aku tak selera nak makan. Sambil masak tu berapa kali aku rasa. Spageti lak berapa ketul dah masuk mulut aku nak test dah lembut ke belum. Dalam kul 6 lebih, balik umah, siap2 gi rumah kakak hantar spageti n roti jala. Pastu aku melepek dan rasa lapar. Baru teringat tadi siang tak makan nasi. So ajak kawanku yang best itu keluar makan. Makan kat Paka. Sorilah awok eh Tapi minggu depan lagi, bulan depan, tahun depan, tahun2 seterusnya awok dah takde. Jumpa balik 2012 kalau panjang umur.
Balik dari Paka, kena basuh pinggan and gelas and segala periuk belanga. Uwaa. Penatnya. Tapi kena buat jugak. Walaupun esok masih ada, tapi ku yakin esokku tidak serajin hari ini. Pastu basuh baju. Kul 2 baru tido. Kena gak basuh baju sebab lusa dah nak ke KL. Memantau student praktikal. Gi hari Jumaat balik hari Selasa. Sabtu and Ahad berjalan2, Isnin Selasa baru bekerja. Terbayang kepenatan aku mengharungi kesesakan kotaraya. Uhuks. nak upload gambar2 jamuan tapi masalah problem le pulak. esok lah try lagi.
2 Comments:
citer jer ke..gambo mana....tringin nak menatap keblackpepperan spagheti itu
mek ja, kekgi2 ah aku tepek gambo.aku nok g Kl doh ni. memantau.balik Kl aku tepek gambo khas utk mu n mak mu.hehe.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home