Saturday, October 25, 2008

Saya dan Cuti Deepavali

Saya sangat bosan. cuti Jumaat Sabtu Ahad Isnin begitu membosankan saya. saya tidak tahu hendak ke mana. saya hilang arah tujuan. di rumah ini hanya ada saya, mak saya dan abah saya. saya mengajak mereka berjalan2 ke Cameron Highlands, tetapi abah saya tidak menggalakkan aktiviti itu dijalankan. katanya sekarang musim hujan. jalanraya ke sana pun belum siap sepenuhnya. saya pun membatalkan hasrat saya.

hari jumaat saya sangat membosankan. seharian saya di depan tv menonton semua rancangan tv yang tidak tahu hujung pangkal. saya lebih banyak menghabiskan masa menekan alat kawalan jauh daripada menonton cerita. saya rasa kalau alat kawalan jauh itu boleh bercakap, mesti dia "sound direct" saya. Selain menekan alat kawalan jauh itu, saya juga berulang alik ke dapur menghabiskan apa saja makanan yang ada. begitu berselera sekali saya makan nasi berlauk kari ikan merah dan daging kambing. kuih raya hampir sebalang. kerepek hampir sebungkus. rupa-rupanya baru saya tahu punca kegemukan saya. saya sedih sekali.

hari sabtu menyaksikan tahap kebosanan saya sedikit berkurangan. saya menolong emak saya memasak di dapur. lauk hari ini ialah ikan kerapu masak stim, sotong masak merah dan sayur bayam. saya teringat kepada kawan saya yang tidak suka makan ikan kerapu kerana katanya kepala ikan itu sangat hodoh. bagi saya, walaupun ikan itu hodoh, tapi rasanya sangat lazat untuk dinikmati.saya juga membasuh baju. kemudian, pakcik saya dan keluarganya datang ke rumah saya dari kuantan. saya menghidangkan air. kemudian saya "disound" oleh emak saya kerana membancuh air laici sejuk di dalam bekas minuman untuk air panas. emak saya juga "mensound" saya kerana menggunakan sudu yang agak buruks untuk tetamu saya. saya hanya mendiamkan diri. kemudian, pada waktu petang, saya dan mak dan abah saya ke rumah ayahngah saya kerana dia mengadakan jamuan minum petang. saya makan mi kari tetapi sedikit sahaja.

esok hari ahad. saya mengambil cuti dan akan menemani emak saya ke klinik untuk pemeriksaan kencing manisnya. kemudian kami akan ke bandar untuk membeli barang-barang seperti bihun, susu, bawang yang sudah kehabisan stok. sekian dulu cerita tentang pengalaman saya pada hari raya deepavali. saya tiada kawan yang menyambut deepaali. jadinya saya tidak dapat berjalan2 raya.sekian pengalaman saya.

4 Comments:

At October 26, 2008 at 10:31 AM , Blogger akmalmalik said...

wa nasib baik mu selera mkn..ada jugok xtvt mu...klu dok lagi mu bosan...dakpe la gemuk pun janji senang hati ngan ttp cuns....

 
At October 26, 2008 at 4:40 PM , Blogger cik wawa said...

saya sukakan ayat anda yang terakhir:-).kem salam mak mu ek..best dok dia merantau ke ostolia?

 
At October 26, 2008 at 7:47 PM , Blogger roshaiza tahar said...

wa..tringat aku masa kita duk uum 2..mkn nasik ayam kunyit kat pintu gate...beh ok..se g klu mu blebel bila tukang masok tu ubuh hati ayam...agak ngeri disitu..behnya wa masa kita bujang2 dulu...waaaaaaaaaaaaa rindunya aku ke mung

 
At October 31, 2008 at 1:32 PM , Blogger Wannoraini Abdul Latif said...

wa..sesekali, xtvt makan itulah pengubat jiwa raga kita. makan ni syok woo..nikmat dunia. Ko nikmatilah nikmat ni dulu sebelum nikmat yang lain2. Sebab ini aje yang kita mampu nikmati buat masa ni. muahahaha (dalam tak maksud aku ni?, ko paham2 je lah.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home