Wednesday, October 15, 2008

Wanita itu

Hari : Isnin
Waktu : 4.20 p.m
Kelas : 9B...

Seorang wanita berjalan menuju ke kelas FAR110 dengan begitu santai sekali. Di tangannya cuma ada 20 keping kertas tutorial untuk diberikan dan dibincangkan dengan pelajarnya. Sebatang marker pen biru berada di dalam handbagnya yang agak lusuh. Dia tersenyum kerana kelas mungkin boleh dihabiskan lebih awal kerana ada 2 soalan sahaja yang akan dibincangkan. Topik Bank Reconciliation Statement.

Sesudah habis doa dibaca oleh wakil kelas, wanita itu memulakan bicara. Dia begitu pasti kelasnya akan selesai kurang dari satu jam. Kertas soalan tutorial diagihkan kepada para pelajarnya. Bicara bermula.

(dialog ditulis dalam bahasa ibunda)

Wanita itu : Sekarang kita akan membincangkan tutorial Bank Reconciliation
Statement. Sebelum itu, ada sesiapa yang masih kurang faham dengan
tajuk ini ?
Tiada respon. Para pelajar hanya pandang-memandang sesama mereka. Wajah mereka penuh kemusykilan dan kekeliruan. Wanita itu mula cuak. Apakah yang tidak kena? Akhirnya wanita itu dapat jawapannya.

Seorang Pelajar : Cik, cik belum ajar lagi tajuk ini. Hari ni baru masuk tajuk ini.

Wanita itu terkesima. Rupanya dia sudah pening. Tiga kelas diajar untuk subjek yang sama. Hancur luluh hatinya untuk menghabiskan kelas lebih awal. Akhirnya, kelas yang sepatutnya habis pukul 6 terpaksa dihabiskan pukul 6.15.

4 Comments:

At October 16, 2008 at 9:28 AM , Blogger Nurraz said...

wanita anggun itu pasti tersipu2 atas kelupaannya ;)

 
At October 16, 2008 at 10:09 AM , Blogger cik wawa said...

nurraz..dan wanita itu menyedari bahawa 'lesson plan' nya adalah tidak sempurna.

 
At October 16, 2008 at 10:49 AM , Blogger CIda said...

hehehe.. sib baik la tanya dulu. Kalo tetiba jek hangin bdk takleh jawab tutorial, tak ke naya. hehe

 
At October 16, 2008 at 2:30 PM , Blogger Wannoraini Abdul Latif said...

Hehehehehe..itu je yang mampu aku komen..hehehehe.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home