Wednesday, July 22, 2009

aset vs liabiliti

tadi sembang-sembang dengan dia :

Dia : tadi ngajar apa?
Saya : ngajar kesan urusniaga terhadap aset, liabiliti dan modal.alahh..senang je.
Dia : boleh ajarkan saya pulak?
saya : boleh sangat. camni, katalah awak ada bisnes. awak bawak masuk kereta dan
duit dalam company. so kereta dan duit tu akan jadi aset company. dan pada
masa yang sama modal awak bertambah.
dia : emm..lagi?
saya : kalau awak beli barang utk dijual kepada customer, awak beli daripada
supplier secara hutang. so stock tu akan jadi aset kepada syarikat, dan hutang
awak akan bertambah. jadi, aset dan liability akan bertambah.
dia : kalau saya kawin dengan awak, maknanya aset saya akan bertambah lah?
saya : hmmm..aset awak akan bertambah sebab awak dapat saya. tapi pada masa yang
sama dan masa-masa akan datang, aset cash awak akan semakin berkurang sebab
belanja hantaran dan juga belanja-belanja lain untuk saya selepas kawin.
dan mungkin jugak liabiliti awak akan bertambah. hehe.
dia : kalau macam tu, awaklah aset, awaklah liabiliti, dan awaklah modal.bila awak
jadi aset, saya bahagia, bila awak jadi liabiliti, saya merana. huhu..
saya : takpalah..sekurang-kurangnya saya jadi liabiliti yang sedar diri (takde kena-
mengena pun)..hehe.
dia : saya tunggu saat aset saya bertambah..daripada satu jadi dua..heheheheh
saya : hampeh..saya akan pastikan aset awak yang lagi satu tu menjadi aset yang tak
nyata, tak de kewujudan fizikal, tak boleh dilihat, tak boleh disentuh.
padan muka
dia : jahat..memang kompem awak aset yang jahat .huhu

ada ke aset yang jahat? hmm..apa-apa lah. tengah kelaparan. sorang2 kat opis. my opismet gi UUM, ada seminar.bilik sebelah ni pulak amat meriah dengan gelak ketawa. dengki aku tau. sebelum ni bilik aku yang paling meriah. tapi tidak untuk hari ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home