Friday, March 21, 2008

dikunjungi dan mengunjungi

tengok gambar jap..time wat seminar last month..

Dikunjungi
jumaat kat opis gak? terpaksa.tapi bukan buat kerja.baru bangun tido. masuk opis td kul 9.30.tertido jap pas makan makan nasi lemak.sepatutnya masuk opis dengan semangat berkobar nak buat kerja sikit- reports, marking paper, surf for articles. tapi bila duk kat kerusi n ngadap pc, aku tertido.terjaga dah kul 11. huh.lama gak tuh.

penat sebenarnya. semalam cuti maulidur rasul. tapi aku tak dapat balik kampung menghabiskan 3 hari cuti ku.huhu. ada rombongan cik kiah dari satu branch ni, rombongan kelab perakaunan. datang kmpus sini wat lawatan muhibah, pastu g jalan2 KT , and esok br diorang balik. sebgai penasihat persatuan yg begitu sihat, haruslah aku tunjuk contoh teladan yang baik kan. aku ngan a few MT kena ler entertain diorang for these 3 days. nasib baik MT aku bagus2 budaknya. sgt bertanggunjawab. hensem2 pulak tu.

rombongan diorang satu bas sampai kul 2 pagi. ajk2 aku semangat tunggu diorang kat pintu masuk.dlm spuluh org. aku pun sebenarnya nak join gak diorang. bukan senang dapat peluang berembun kul 2 pagi sembang2 ngan pak guard. gi umah k nita kul 10, konon nak gi sesama, tapi dah makan2..penat..last2 tak jadi pegi. sms ajk2 suh diorangje g. masalahnya, aku yg tak pergi ni pun tak leh tido awal gak. kul 2 pagi bebudak tepon..tanya tu, tanya ni, nama pengiring yg nk duk umah tamu tu lain ler dari nama kat pakcik guard, padahal hurup n tertukar jd hurup h je. huhu. takpelah. tp mcm bengang gak.tido aku memang betul2 terganggu. baru nak lelap, dapat call. anyway, aku tabik ah kat budak2 tu, sanggup tercongok depan gate.

so pagi kamis hari maulud tuh, aku masuk dlm kampus utk program ngan diorang. start 8 pagi. brekfast, berkenalan, bagi speech bagai, ajk aku bagi speech buat lawak ntah apa2..tp best. bebudak yg datang tu pun macam best jek. diorang budak final sem. ajk2 aku budak sem 4 and 2. tapi memang cool diorang. especially pengarah projek. dia sangat rajin. selalu datang jumpa aku kat opis pasal persediaan nk terima rombongan ni. tapi kadang2 dia agak blur. aku baru bincang ngan dia pasal satu2 menda, tetiba a few minutes later dia tanya lg soalan yg sama. hehe. sian. member2 dia pun cakap dia memang blur. heheh.takper. yg penting awak rajin ye..

petang tuh diorang ada persediaan utk persembahan dinner malam nanti. ada 7 groups. campur kampus sana n sini. tak sabar nak tengok diorang perform. sambil diorang discuss, aku bwk pengiring diorang g jalan2 bandar dungun. bandar dungun? pelik je bunyi dia. gi bwk masuk kampung2, pantai, makan kopok lekor, sotong tepung. sebenarnya aku yg teringin sgt nak makan.hehe. pas asar, budak2 ni ada game.kitorang booked court futsal utk lelaki n bola tampar utk pompuan .tp budak2 pompuan ni jap main bolatampar, jap main futsal, jap nk main galah panjang, jap nk main bola jaring. boys steady jer main futsal. aku agak hangin gak ngan students aku yg tak nak main tu. wat malu kelab aku jer.

malam tuh dinner n persembahan. kelakar jer tengok. tapi aku suka tengok satu grup ni. diorang buat satu scene, tp dlm banyak moods. ada babak gembira, marah n sedih. hehe. citer dia, anak ni mintak duit nak belik eskrim dr ayah dia. tp ayah dia taknak bagi duit sbb duit takde.


gembira:
penjual eskrim:eskrim...eskirm..hahhaa..hahaha
anak: ayah, nak eskrim..hahaha...hahaha
ayah: tak boleh..hahahah..ayah takder duit..hahahaa

aduih. pcah perut aku. ada ker time ending tuh bapak dia gi tampar anak dia. n penjual eskrim tuh kalau mood marah..dia jual eskrim tengking2. kalau sedih, dia jual eskrim sambil ngangis. aduih. boleh amik idea nih kot2 g kursus mana2 nanti kena perform ke..hehe.

ari nih rombongan tuh g KT. bas dirang ada kosong 5 seats, so ajk2 aku ikut. aku? malas ah. esok pun aku nk balik KT. esok pagi ada lagi program. penutup. seronok gak ada rpogram mcm nie. banyak yg boleh kita belajar. tp sejaka jd penasihat, jarang leh blk kg. hampir setiap weeken ada aktiviti. terpaksa le aku join kan. kalau tak nanti tak btanggungjawab lak. hehe.
mengunjungi
last weeken g KL. bawk bebudak kelab g LHDN, BSKL, KLCC,MIA. tiga hari memang penat. yg penting dapat pujuk driver gi jusco kelang n mid valley. hehe. dapt beli kasut sepasng dua. ptg rabu gerak g KL, sampai puncak perdana kul 1 pagi. tido situ dua malam. malas nak citer banyak2.tp trip ni memang best. sempat tengok citer duyung. tapi agak mengecewakan. aku expect citer tu lawak giler sbb ada apek. tpi betuller org kata..apek sudah hilang kelakarnya. kami gelak pun mcm terpaksa je. takder sngt lawaknya. jalan cite pun sgt membosankan. uhh...nenbazir duit aku. takpe.lepas ni taknak tengok wayang dah.kunun..

minggu depan ada program lg. family day fakulti ku yg tencenta..


1 Comments:

At May 14, 2008 at 8:18 AM , Blogger Hilmi & Faeizah said...

wa bile nak update blog nih..cuti sekolah lan 5 ni aku gi kelantan..kalo ade mase aku gi ganu melawat ko naaaaa..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home