Sampai hati awak
Ya, saya tau saiz saya tidak kecik. Tetapi, walaupun awak sebagai kauselor @ motivator yang hebat, awak perlu peka apabila memberi contoh ketika menyampaikan ceramah. Saya agak berkecil hati dengan contoh awak yang walaupun tidak bermaksud untuk melukakan hati saya, tetapi apabila jari awak menuding ke arah saya, mambuatkan saya terkedu. Dengan memberi contoh suami yang tidak sukakan isteri dengan berkata " Saya benci awak. Awak bulat. Gemuk macam peti ais"..sambil jari menuding ke arah saya, saya tersentap. Memang awak hebat dalam bertutur, tetapi awak tidak hebat dalam percubaan untuk menjaga hati pendengar dan penonton ceramah awak.