syahdu lagi
it is now 5.47p.m., thursday. since i am so rajin today, nak le update sikit2. kalau aku tulis di remang2 senja ni, mesti rasa syahdu. hari tu aku ingat kat kengkawan, tapi hari ni aku ingat kat org yang pernah jadi kawan tapi kini tidak lagi. apa lagi yang boleh aku harapkan. datangnya hanya sekejap.perginya pula tidak akan kembali. pernah kembali sekejap pun, tapi lepas tu pergi lagi. tidak mungkin kembali ke sisi ku. aku begitu sepi.seperti sekeping kertas yang terbang lalu masuk ke dalam longkang. hmm..macam aku ler pulak kertas tu.masuk longkang ;-).dah le tu. jangan dikenang orang yang pergi. biarlah. semoga mereka bahagia dengan kehidupan mereka. walaupun aku amat terasa akan tempiasnya yang sepoi-sepoi perakaunan itu.
sepatutnya balik kampung di petang khamis ini. tapi terpaksa balik esok pagi. tadi ex students aku datang opis. mintak tolong jadi wakil pensyarah untuk berbuka dengan anak-anak yatim.projek kelas. Bos aku tak dapat hadir. termakan dengan pujukan mereka yang begitu meminta simpati, aku pun setuju.sekali-sekala memeriahkan majlis. tapi aku kenyang. tadi balik makan tengahari dah. hehe. so kat majlis tu nanti aku akan makan sedikit sahaja. taknak ler bagi nampak kat tetamu yang 50 orang tu yang aku ni amat lapar berpuasa. lagipun aku perlu menjaga adab dan kesopanan di meja makan. seperti biasa, "kecakduhan" aku ini boleh meerosakkan majlis.hehe.
itu sahaja le di petang khamis ini. semoga semua sahabat aku berbahagia dengan kehidupan masing-masing. aku doakan yang terbaik. kepada seorang kawan yang baru membaca blog aku ni ..diucapkan sudi2kanlah melayan saya yang bengong ini. saya memang begitu. lagipun nanti awak akan meninggalkan saya. minggu depan kita gi makan kerang lagi yer. selamat semuanya. wassalam.
2 Comments:
Dari syahdu tak tentu pasal ni .. pi jawab tag aku! Ini kali kedua aku bagi tag ni!
Kalau tak jawab jugak kali ni, kamu berhutang dengan ku .. Dan, ibarat ah long ... daku akan sentiasa akan memburumu selagi tag itu tidak dilangsaikan!
Pergi! Pergi!
Ingat ... kamu ada kereta lawa! Ngeehehehehe ....
salwa beli kereta baru ke?? Tak sempat tengok le kak norma...
Dapat masuk blog salwa through peesha...Kak norma ni tgh cari masa nak layan tag dia tu....
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home