Thursday, September 25, 2008

maaf zahir batin dipinta

tengahari jap lagi dah nak blah balik kampung yang jauh itu. walaupun jauh, tapi setiap mingu aku balik.hehe. barang2 semua dah masuk dlm kereta, kuih2 raya semua dah ambik, sampah2 dah buang, baju2 dah basuh, bil2 semua dah bayar, tudung2 semua and keronsang aku angkut wat balik. kot2 ada yang boleh match ngan baju raya. malas nak beli tudung2 baru. aku lebih suka habiskan duit ku untuk makan dan makan dan makan.

semenjak dua menjak ni badan rasa letih je manjang. dah gemuk sangat kot.huhu. dah dua malam lepas magrib jer terus tidor. bangun balik kul 4 pagi. pas tu tido lagi. tido lagi. tido lagi. makin besar le aku lepas ni.

di kesempatan ini, nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan dan kenalan. semoga raya tahun ini menjanjikan seribu kebaikan dan keberkatan.maaf zahir batin dipinta.

Thursday, September 18, 2008

syahdu lagi

it is now 5.47p.m., thursday. since i am so rajin today, nak le update sikit2. kalau aku tulis di remang2 senja ni, mesti rasa syahdu. hari tu aku ingat kat kengkawan, tapi hari ni aku ingat kat org yang pernah jadi kawan tapi kini tidak lagi. apa lagi yang boleh aku harapkan. datangnya hanya sekejap.perginya pula tidak akan kembali. pernah kembali sekejap pun, tapi lepas tu pergi lagi. tidak mungkin kembali ke sisi ku. aku begitu sepi.seperti sekeping kertas yang terbang lalu masuk ke dalam longkang. hmm..macam aku ler pulak kertas tu.masuk longkang ;-).dah le tu. jangan dikenang orang yang pergi. biarlah. semoga mereka bahagia dengan kehidupan mereka. walaupun aku amat terasa akan tempiasnya yang sepoi-sepoi perakaunan itu.

sepatutnya balik kampung di petang khamis ini. tapi terpaksa balik esok pagi. tadi ex students aku datang opis. mintak tolong jadi wakil pensyarah untuk berbuka dengan anak-anak yatim.projek kelas. Bos aku tak dapat hadir. termakan dengan pujukan mereka yang begitu meminta simpati, aku pun setuju.sekali-sekala memeriahkan majlis. tapi aku kenyang. tadi balik makan tengahari dah. hehe. so kat majlis tu nanti aku akan makan sedikit sahaja. taknak ler bagi nampak kat tetamu yang 50 orang tu yang aku ni amat lapar berpuasa. lagipun aku perlu menjaga adab dan kesopanan di meja makan. seperti biasa, "kecakduhan" aku ini boleh meerosakkan majlis.hehe.

itu sahaja le di petang khamis ini. semoga semua sahabat aku berbahagia dengan kehidupan masing-masing. aku doakan yang terbaik. kepada seorang kawan yang baru membaca blog aku ni ..diucapkan sudi2kanlah melayan saya yang bengong ini. saya memang begitu. lagipun nanti awak akan meninggalkan saya. minggu depan kita gi makan kerang lagi yer. selamat semuanya. wassalam.

Tuesday, September 16, 2008

saya rindu awak semua

Alhamdullih. akhirnya habis jugak teaching observation. sebenarnya tadi kelas kul 4 -6 ada teaching observation by a senior lecturer. Ari tu lepas attend Kursus Asas Pengajaran, kena le ada observation lak. Tadi observer masuk dlam 45 minutes. aku jenis gelabah. rasa macam tak jadi diri sendiri kalau ada orang lain duk kat belakang kelas perhatikan aku lecture. hopefully there will be no more teaching observation next time. bukan apa, a few days before menda ni, aku memang tak senang duduk. asyik terpikir je. padahal dah enam tujuh kali kena observe. mungkin faktor orang yg jadi observer kot. kalau observer tu jenis ok, aku ok kot. anyway, dah habis pun. cuma this thursday kena g jumpa observer untuk bagi portfolio pensyarah. belum siap lagi. esok cuti nuzul quran, boleh lah bertungkus lumus menyiapkan.

tiba-tiba aku rasa syahdu.duk baca blog kekawan umah 166 and 115 Tmn U. teringat bulan puasa kat Tmn U dulu dengan hosmet semua. Aleq, Faei, Cida, Zana, and Nani. Hmm. napa ek. teringat g beli ciken chop kat kedai tmn u tu untuk sahur. teringat gak g umah sebelah tengok citer "A succesful story of a bright girl". teringat basuh keter kat belakang umah. and yang paling tak boleh lupa,,rombongan merisik dari Perak untuk seorang hamba Allah ni. sekarang dah ada anak dua pun. ekekek. Lagi..teringat gi Padang Besar reramai, g langkawi ngan reramai ngan syakirah and pakwe dia, Lias. dah ada anak gak diorang ni pun. tapi dah lost contat ngan diorang. mana ler u all ek ?

air mata ku hampir menitis di kala remang-remang senja ini. huhu. aku rindu...terima kasih kawan-kawanku sebab banyak membantu aku di kala susah dan senang. apasal aku emo sgt ni? nangis dah rupenya..Masyaallah...

to all my lovely friends...

Teman Sejati

Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Friday, September 12, 2008

Jatuh......lagi

Jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta..uwaa..it is not jatuh cinta.but jatuh tergolek.Sakit.Perit. Pedih. Amat memalukan diriku yang pemalu ini. Walaupun tak ramai saksi kejadian yang nampak di mata, namun aku yakin ada beberapa mata memandang dari clah-celah kereta, dari dalam kereta, mahupun dari celah-celah motorsikal. Apalah malang nasib diriku. Niat di hati nak mencari ketenangan di luar ini, rupanya malapetaka menimpa diriku ini.

Tadi lepas zohor aku kuar umah. Nak hilangkan bosan le kononnya. Pegi ler cuci mata dan menghabiskan duit yang tak berapa nak ada ni di Mydin Mall. Mengapa bayar lebih kalau boleh beli dengan harga borong. Tapi kalau tak beli sebgai pemborong, of course you have to pay more. Aku beli bahan nak buat puding, super ring, yogurt cappuccino+nata de coco (memang best, produt of nutrigen), pearl café , and 2 tin Nescafe latte and iced latte (faveret turun temurun). Takde arah tujuan nak beli apa, so nak penuhkan troli amikle ntah apa-apa. dah bayar semua, keluar le dari mall mengusung troli yang tak berapa nak suku penuh pun. Jalan sikit, aku pun berenti kan troli. Nak pegang je plastik2 yg tak berat tu ke kereta. Dah amik semua barang, aku pun meneruskan langkahku yang tak berapa bermaya ni. Tiba-tiba, tanpa ku sedari, aku JATUH. Uwaaaa. Kenapa? Mengapa? Semuanya berlaku sekelip mata. Cheewah. Berdebup. Plastik barang2ku jatuh ke tanah bersama2 dengan aku. Haha. Sakit weyh. Aku nak bangun tak larat. Kat tepi bus stop lak tu.

Mula2 orng kat bus stop tak perasan. Tapi dah aku membebel kesakitan, pakcik2 kat bus stop tu berenti bersembang dan menjegukkan kepala mereka ke tepi bus stop itu. Maka ternampaklah mereka akan seorang budak gemuk yang agak cantik (OOPPPSS) mengaduh kesakitan di situ sambil membuat muka paling manis.

Pokcik 1 : Bakpe mek, reboh ke ? doh daroh dok ?
Aku : Reboh sikit. Dok daroh pung (sambil bangun tersipu sipu)
Pokcik 2 : Maklung le mek wei, bulang2 proser ni, tengohari gining. Dok sakit dok?
Aku : Biasa ah pokcik. Bulang proser.

Aku meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sakitnya Tuhan je yang tau. Masuk kereta, aku angkat suar, arghhhh...bengkak bawah lututku and merah bertompok2. Tak berdarah. Tapi sakit. Walaupun sakit, aku tak balik terus. Aku gi bandar KT plak. Jalan2 tengok jalan . Masa tu dah pukul 3 lebih. Pusing2 menghabiskan minyak. Then balik. Aku tak kuar dari kereta kat bandar tu, takut terjatuh cinta lagi. Cukuplah sebelah kaki ku yang jadi mangsa kebosanan yang memakan tuannya sendiri.

Aku memang selalu jatuh sebab aku jenis kelam kabut. Org Terengganu kata ”cakduh”. Orang lain tak pernah kena, aku kena. Kalau kat umah tuh, ada je benda malang yang menimpa. Adik-beradik yg lain ok je. Antaranya (Mengenang memori malang):

1. Pernah sekali tu, lepas sidai kain kat ampaian luar rumah aku, aku tersepak kayu ampaian. Berdebup aku jatuh. Sakit gila tersembam

2. Jari aku termasuk dalam kipas. Sakit oo. Ntah camana malam tu aku on stand fan tu. Tiba2, tanpa ku sedari, aku masukkan jariku dalam kipas yang sedang berpusing tu. Gile ke apa. Atau adakah sesiapa yang memsukkan jari aku ke dalam kipas itu ? Wahh. Masa tu tahun 2005. Aku jadi cikgu ganti kat satu sekolah ni. Esok tu jari aku berbalut. Ada budak tu sound ” Itu ler cikgu, kipas tu bukan barang mainang boleh wat maing ”. Cheh.

3. Jatuh tangga, terpeleot dah jadi asam garam aku. Terlanggar apa2, tersepak, jatuh dalam bilik air pun dah jadi kebiasaan. Sakit le.

4. Masa study kat U dulu pun pernah jatuh depan dewan kuliah. Masa tu kelas pagi kul 8 kansel. Aku pun dengan gumbiranya keluar dewan. Berjalan menonong jer. Time tu ramai le orang lalu lalang. Tiba2 berdebup aku jatuh tersembam. Depan orang ramai tercampak buku2 ku. Tapi aku terus bangun. Sakit ooo. Rupenyer ada besi paip terkeluar dari tanah tu. Aku tersepak. Kenapa orang lain lalu tak pernah tersepak? Kenapa aku ? Kenapa Syida, Nisah, Zana, Fai, Aleq, Nani, Lin, lalu situ ok jer (Kawan2, aku tak suruh korng tersepak macam aku yer. Sekadar contoh. hehe). Eh korang, dewan kuliah apa ek yang kat atas sikit tu?

5. Yang paling aku tak dapat lupa, tersepak longkang kat tempat aku ngajar ni, jatuh tersembam, tercampak buku2 dan kunci kereta ku, tercabut kasut ku. Yang paling malang, depan TPHEA. Uwaa. Malu Tuhan je yang tau. Nasib baik tak de orang lain nampak. Aku kelam-kabut nak g kelas dah lambat. Pakai kasut yang terlebih tinggi lak ari tuh. Berdebu aku jatuh longkang. Sakit. Malu kat TP. Huhu. Masuk kelas, aku tak leh ngajar. Jadi tak tentu arah. Last2 suruh diorang discuss soklan.

Itulah seba sedikit bukti ”kecakduhan” aku ini. Takut jugak selalu sangat jatuh ni. Macam2 kesan di hari. Sekarang pun dah terasa sengal2an. Eh ..aku dah tua ke ?

Wednesday, September 3, 2008

Puasa dan diriku

"Ini berbuka untuk setahun ni"

Puasa datang lagi. Bila duk umah sewa ni, waktu berbuka tak ler semeriah di rumah sendiri. Lauk pauk yang mak-mak kita masak memang takder tandingan. Semuanya sedap. Semuanya menjadi. Air tangan seorang ibu memang ada kuasa mengenyangkan seluruh keluarga. Aku masak apa yang terdaya je. Simple. Macam biasa ler, ada yang tawar sikit, ada yang masin sikit.

First day puasa, masak udang masak merah + sayur kangkung + ikan masin. Hentam sajalah. Tak tau napa pagi2 tu rasa nak sangat mkan sayur kangkung. Beli kangkung seikat jer kat kedai ni, beratur punyele lama. Mana taknya, orang lain beli beras, minyak, ikan, ayam, segala mak nenek dibelinya. Aku beli Cuma seikat kangkung. Huhu. Udang dah beli awal2, stok ikan masin memang sentiasa ada dlm fridge. My friend datang berbuka kat umah. Hosmet aku takder, g berbuka umah kawan dia. Buat sirap bandung campur ais krim soda. Wah..meletup. Kalau berbuka puasa aku gile minum air ni. Time kijer Kajang dulu le diperkenalkan ngan air macam ni. Favorite anak-beranak ex bos aku. Agaknya orang jawa minum air ni sambil makan tempe kot. Hehe.

Tadi pulak masak tomyam udang + sayur and ayam goreng kunyit. Then beli pajeri nenas 2 keping, karipap RM2 ada 8 ketul. Aku tak sampai ati nak beli singgit. Nanti kang kecik ati lak orang yang jual tu. Hehe. Dahle time aku nak bayar tu, bukak henbeg, purse takder dalam tu. Cuak le jugak. Ropernya purse tinggal lam keter. Makcik tu dah siap bungkus karipap utk aku. Aku bagitau le nak g amik purse dlm keter. Dia gelakkan aku. Huhu. Kena melintas le pulak sebab kereta aku di seberang jalan. Demi karipap sanggup ku redah jua. Hehe. Ari ni berbuka ngan hosmet ku yang tercinta.

Semalam terawikh kat surau area taman perumahan aku duduk. Punyerler ramai orang. Kecil besar tua muda. Budak2 tu bising .berlari-lari, jatuh, mak dia marah abih satu surau dengar.huhu. Imam dia baca surah panjang2. lenguh tau aku berdiri. Tazkirah pun lama. Tapi macm tak best sebab tak jelas. Budak2 bising. Aku dah rasa nak tercabut lutut. Abih terawikh 8 rakaat + witir kul 10.15.

Malam ni aku g terawikh kat masjid jauh sikit. Taknak pegi dah surau semalam. Kul 9.15 dah abih terawikh + witir. Aman dan tenteram sebab budak2 tak bising. Perempuan sembahyang kat hall atas. Malam2 seterusnya pegi masjid ni jelah. Tadi aku g sorang je. So macam tak best. Lenkali kena ajak hosmet aku join lak. Balik terawikh, marking test paper. Huuh. Nak tercabut jantung aku marking paper budak2 ni. Amat menguji kesabaran mental dan fizikal. Takperlah. Bulan puasa kena kurangkan marah.